JIWA ANAK MERDEKA: Himpunan Oren
Showing posts with label Himpunan Oren. Show all posts
Showing posts with label Himpunan Oren. Show all posts

Monday, 24 December 2012

Bongkar.!!!Konvoi Kembara Oren Cuba Langgar Peneroka.Memang Patutlah Kena Belasah.


Siri Jelajah Kembara Oren kini semakin terdesak bila kedatangan mereka mendapat tentangan dari warga FELDA.Bila sudah terdesak mulalah reka cipta fitnah.Kilang fitnah PR memang tak pernah berhenti siang dan malam kerana product menanamkan kebencian inilah menjadi talian hayat perjuangan mereka.Kisah bagaimana seorang peserta konvoi Kembara Oren kononnya dibelasah oleh warga FELDA Bkt Rokan Negeri Sembilan sekali lagi dimaikan dengan niat mendapat simpati serta melabelkan UMNO sebagai samseng.Siapakan samseng sebenarnya cuba lihat  dua video dibawah dan urutan peristiwa bagi melihat kejadian sebenar.



Kereta Pacuan 4 roda Kembara Oren cuba merempuh warga FELDA yang menghalang mereka dari masuk ke kampung mereka.



Selepas cuba melanggar warga FELDA,kereta pacuan 4 roda itu berundur kebelakang kerana tindakan provokasi sedemikian sudah tentulah mendatangkan kemarahan penduduk kerana mengancam nyawa orang lain.
Namun PR memang terlatih dalam memalsukan berita dengan menuduh Warga FELDA Bkt Rokan yang menyerang mereka.


Kalau dah masuk kampung orang lepas tu nak buat kacau memang layaklah kena belasah.PR memang suka melakukan provokasi menaikan kemarahan orang lain.Kemaruk nak ke Putrajaya menjadikan mereka semakin jauh tersasar dari matlamat perjuangan.Jika warga FELDA dah tak terima tak perlulah masuk ke kampung mereka,apa yang payah sangat tetapi memang dah perangai orang suka buat kacau,samseng lawannya samseng jugalah.Orang luar tak perlulah nak sekolahkan warga peneroka kerana mereka juga mempunyai akal fikiran sendiri.Oren masam mereka takkan laku di FELDA.

Thursday, 12 July 2012

Himpunan Oren Alat Pembangkang Capai Matlamat Lihat Melayu Hancur


Perhimpunan Oren yang dirancang oleh Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda(ANAK) pada 14 July ini wajar dilihat sebagai salah satu cara terdesaknya Pakatan Rakyat dalam menghadapi PRU 13.PKR dan PAS khususnya melihat kawasan majoriti Melayu yang mendiami FELDA akan menentukan sejauh manakah isu yang dimanipulasikan mampu mempengaruhi pemikiran peneroka FELDA kerana DAP pastinya tidak akan bertanding dikawasn FELDA.Kemenangan mereka di kawasan FELDA pada PRU 13 perlu memandangkan bilangan kerusi yang diperuntukkan untuk PKR dan PAS adalan kurang berbanding DAP yang dijangka akan menjadi "BIG Brother"dalam keluarga Pakatan Rakyat.

PM dari DAP?

Dengan DAP dijangka bertanding 90 kerusi Parlimen,PKR 66 da selebihnya PAS,jika dilihat dari pilihanraya umum 2008,DAP mempunyai 28 kerusi dari 47 kerusi daripada 47 kerusi yang ditandinginya atau boleh dikatakan mereka memperolehi 59.57% menang jika dibandingkan dengan yang kalah.Tidak salah jika dikatakan jika berasaskan momentum PRU 12 sokongan yang diterima DAP mereka bakal memperolehi 54 kerusi Parlimen dari 90 kerusi yang dipertandingkan.Adakah masyarakat Melayu menyedari perpecahan undi Melayu kepada 3 buah parti Melayu yang dominan UMNO,PAS dan PKR akan melemahkan kuasa politik mereka?Bersediakan Pakatan Rakyat memberikan jawatan Perdana Menteri kepada DAP?Secara logiknya jika DAP majoriti mereka berhak mendapatkan kedudukan PM.Sejarah membuktikan kemenangan  DAp di Perak cukup memberikan signifikasi yang cukup jelas kepada ketuanan Melayu.UMNO dengan rendah diri ketika itu menawarkan jawatan Menteri Besar kepada YB d Melayu dari Pakatan pada masa kerusi ADUN sama banyak.Namun DAP berjaya membodohkan pemikiran YB Pakatan yang sebenarnya cerdik tetapi kerana mereka lebih mementingkan diri sendiri dari agama dan bangsa mereka maka lebih baik bertuankan DAP.

Siapakah Yang Akan Meyertai Himpunan Oren

Apa yang diperjuangkan oleh ANAK adalah berkisar tentang kononnya nasib peneroka dan generasi kedua FELDA yang dikatakan dizalimi dan ditindas malah ditipu oleh kerajaan.Jika perhimpun itu gagal mengumpulkan peneroka sebagai peserta lebih ramai dari ahli parti politik dan NGO,apa sebenarnya matlamat disebalik  perhimpunan tersebut kerana sewajarnyalah peneroka yang akan bangun membela nasib mereka.Merakalah yang lebih arif tentang kehidupan sebagai peneroka,jika ahli politik lebih ramai dari peneroka maknanya itu himpunan politik dan bukan himpunan peneroka.Dengan jumlah 120 ribu peneroka dan 20 ribu daripadanya dikatakan tidak menerima tawaran saham 800 unit sahan FGVHB..adakah mereka akan menjadi peserta Himpunan Oren?

ANAK Hilang Arah

Setelah mula mencanangkan di seluruh dunia FELDA bangkrap,mereka terpukul bila sahaja kerajaan menyenaraikan FELDA di Bursa Malaysia.Bilamana kerajaan membayar durian runtuh selepas penyenaraian tersebut,mereka kata pula FELDA  untung dan harus bayar lebih dari RM 15,000 dan mendakwa peneroka layak mendapat RM 50,000 seorang.Siang malam berceramah..FELDA berjaya menyenaraikan FGVH di Bursa malaysia dan anak gagal menghalang..justeru itu mereka ingin berhimpun dan menghantar memorendum kepada YDPA agar menarik balik penyenaraian tersebut.Ini semua kerja yang tak masuk akal kerana berapa banyak memorendum yang dihantar kepada YDPA sebelum ini dan apa kesudahannya melainkan ini semua adalah percaturan politik pembangkang yang ketandusan idea.Apakah aktiviti ANAK dikawasan FELDA selain daripada ceramah maki hamun kerajaan..pernahkah mereka melaksanakan aktiviti kemasyarakatan,bantuan dan sosial dalam usha dekat dihati peneroka melainkan bibit kebencian yang ditanam didalam jiwa setiap ahli pembangkang.

P/S Macamna boleh letak gambar Tun Abdullah Ahmad Badawi Dengan Tengku Razali..dah takde muka dalam pakatan ke yang boleh menarik perhatian..