JIWA ANAK MERDEKA: July 2012

Friday 13 July 2012

Pak Lah Dan Ku Li Tak Hadir Himpunan Oren


Dah memang tabiat penipu dan pembohong,Mazlan Aliman selaku penganjur Perhimpunan Oren tidak mampu berselindung lagi beliau bakal gagal dalam mengepalai Perhimpunan Oren itu.Jawatan beliau sebagai AJK PAS Pusat tidak mampu memberikan impak yang besar dari segi keghairahan orarng ramai menjadi perhimpunn Oren.Ku Li dan Pak Lah tidak akan menyertai perhimpunan tersebut.Alangkah malunya kalau nak berhimpun sekadar ahli parti PAS dan PKR sahaja sedangkan bilangan peneroka dijangka boleh dihitung dengan jari sahaja kerana ANAK bukanlah mempunyai pengaruh yang kuat di tanah FELDA kerana kerja mereka hanyalah berceramah siang dan malam maki hamun FELDA,memecah belahkan masyarakat FELDA jauh sekali memberikan bantuan dari segi aktiviti kemasyarakatan.

Apakah tiada muka tokoh-tokoh pembangkang yang lain yang boleh ditampal mukanya di poster Himpunan Oren.Sebenarnya mereka lebih mementingkan diri sendiri kerana ingin 'play safe'..almaklumlah..silap haribulan masuk penjara dikala pilihanraya semakin hampir dan masing-masing dah berangan nak jadi YB dan duduk di Putrajaya sebab perhimpunan ini tidak mendapat permit pihak polis.Pengalaman Tian Chua cukup membuatkan mereka kecut perut hampir hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Batu.Lihat sahaja Perhimpunan Bersih 3.0 dulu..peserta-peserta berduyun-duyun kena masuk dalam trak polis...YB Pakatan Rakyat cabut lari awal-awal.

YB dan pemimpin Pakatan Rakyat sekarang ni lebih suka bermimpi di rumah sendiri dari bercawat tidur dalam lokap kerana menyertai Perhimpunan Oren.Impian semoga dapat duduk dan tinggal di Putrajaya yang suatu ketika dahulu kecoh nak lelong Putrajaya kalau dapat memerintah.Tapi sekarang lain pulak..masing2 berhimpun nak tawan Putrajaya katanya..Lebih baik berceramah maki hamun kat markas  sendiri kerana mereka ada permit untuk berhimpun di markas.Kalau dengar ceramah mereka berdegar-degar..Arab Spring menjadi ikutan...nak gelak aku dengar...baru bom asap dah tak cukup tanah lari macammana nak ikut macam semangat Arab Spring.Takbir tu jangan ceritalah..tengok gaya macam orang tak takut mati demi perjuangan tapi hampeh sebenar..

Thursday 12 July 2012

Himpunan Oren Alat Pembangkang Capai Matlamat Lihat Melayu Hancur


Perhimpunan Oren yang dirancang oleh Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda(ANAK) pada 14 July ini wajar dilihat sebagai salah satu cara terdesaknya Pakatan Rakyat dalam menghadapi PRU 13.PKR dan PAS khususnya melihat kawasan majoriti Melayu yang mendiami FELDA akan menentukan sejauh manakah isu yang dimanipulasikan mampu mempengaruhi pemikiran peneroka FELDA kerana DAP pastinya tidak akan bertanding dikawasn FELDA.Kemenangan mereka di kawasan FELDA pada PRU 13 perlu memandangkan bilangan kerusi yang diperuntukkan untuk PKR dan PAS adalan kurang berbanding DAP yang dijangka akan menjadi "BIG Brother"dalam keluarga Pakatan Rakyat.

PM dari DAP?

Dengan DAP dijangka bertanding 90 kerusi Parlimen,PKR 66 da selebihnya PAS,jika dilihat dari pilihanraya umum 2008,DAP mempunyai 28 kerusi dari 47 kerusi daripada 47 kerusi yang ditandinginya atau boleh dikatakan mereka memperolehi 59.57% menang jika dibandingkan dengan yang kalah.Tidak salah jika dikatakan jika berasaskan momentum PRU 12 sokongan yang diterima DAP mereka bakal memperolehi 54 kerusi Parlimen dari 90 kerusi yang dipertandingkan.Adakah masyarakat Melayu menyedari perpecahan undi Melayu kepada 3 buah parti Melayu yang dominan UMNO,PAS dan PKR akan melemahkan kuasa politik mereka?Bersediakan Pakatan Rakyat memberikan jawatan Perdana Menteri kepada DAP?Secara logiknya jika DAP majoriti mereka berhak mendapatkan kedudukan PM.Sejarah membuktikan kemenangan  DAp di Perak cukup memberikan signifikasi yang cukup jelas kepada ketuanan Melayu.UMNO dengan rendah diri ketika itu menawarkan jawatan Menteri Besar kepada YB d Melayu dari Pakatan pada masa kerusi ADUN sama banyak.Namun DAP berjaya membodohkan pemikiran YB Pakatan yang sebenarnya cerdik tetapi kerana mereka lebih mementingkan diri sendiri dari agama dan bangsa mereka maka lebih baik bertuankan DAP.

Siapakah Yang Akan Meyertai Himpunan Oren

Apa yang diperjuangkan oleh ANAK adalah berkisar tentang kononnya nasib peneroka dan generasi kedua FELDA yang dikatakan dizalimi dan ditindas malah ditipu oleh kerajaan.Jika perhimpun itu gagal mengumpulkan peneroka sebagai peserta lebih ramai dari ahli parti politik dan NGO,apa sebenarnya matlamat disebalik  perhimpunan tersebut kerana sewajarnyalah peneroka yang akan bangun membela nasib mereka.Merakalah yang lebih arif tentang kehidupan sebagai peneroka,jika ahli politik lebih ramai dari peneroka maknanya itu himpunan politik dan bukan himpunan peneroka.Dengan jumlah 120 ribu peneroka dan 20 ribu daripadanya dikatakan tidak menerima tawaran saham 800 unit sahan FGVHB..adakah mereka akan menjadi peserta Himpunan Oren?

ANAK Hilang Arah

Setelah mula mencanangkan di seluruh dunia FELDA bangkrap,mereka terpukul bila sahaja kerajaan menyenaraikan FELDA di Bursa Malaysia.Bilamana kerajaan membayar durian runtuh selepas penyenaraian tersebut,mereka kata pula FELDA  untung dan harus bayar lebih dari RM 15,000 dan mendakwa peneroka layak mendapat RM 50,000 seorang.Siang malam berceramah..FELDA berjaya menyenaraikan FGVH di Bursa malaysia dan anak gagal menghalang..justeru itu mereka ingin berhimpun dan menghantar memorendum kepada YDPA agar menarik balik penyenaraian tersebut.Ini semua kerja yang tak masuk akal kerana berapa banyak memorendum yang dihantar kepada YDPA sebelum ini dan apa kesudahannya melainkan ini semua adalah percaturan politik pembangkang yang ketandusan idea.Apakah aktiviti ANAK dikawasan FELDA selain daripada ceramah maki hamun kerajaan..pernahkah mereka melaksanakan aktiviti kemasyarakatan,bantuan dan sosial dalam usha dekat dihati peneroka melainkan bibit kebencian yang ditanam didalam jiwa setiap ahli pembangkang.

P/S Macamna boleh letak gambar Tun Abdullah Ahmad Badawi Dengan Tengku Razali..dah takde muka dalam pakatan ke yang boleh menarik perhatian..

Tuesday 10 July 2012

Tun Dr.Mahathir Genap 87 Tahun Hari Ini




Hari ini Tun Dr. Mahathir Mohamad genap berusia 87 tahun.

Kalau diikutkan beliau lahir pada 10 Julai 1925 tetapi kalau berdasarkan dokumen rasmi, tarikh lahir Dr. Mahathir dicatatkan pada 20 Disember 1925.

Beliau lahir hasil dari perkongsian hidup di antara Mohamad Iskandar dan isterinya, Wan Tempawan Wan Hanafi.

Dr. Mahathir yang dilahirkan di Lorong Kilang Ais, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah, dipilih secara rasmi sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keempat pada 18 Julai 1981.


Siapa pun tidak boleh menyangkal, di bawah pentadbirannya, negara telah melalui suatu proses transformasi yang tidak pernah digambarkan sebelum ini.

Mahathir mahu Malaysia menjadi sebuah negara maju dan rakyatnya mampu bersaing di peringkat global.

Hasratnya dijelaskan dalam apa yang dinamakan Wawasan 2020 yang beliau utarakan pada 28 Februari 1991 dengan bermatlamatkan “ke arah pembentukan sebuah negara yang benar-benar maju dalam segala bidang secara seimbang meliputi ekonomi, politik sosial, kerohanian, psikologi dan kebudayaan”.



Sejak dilantik sebagai Perdana Menteri, Dr. Mahathir tidak pernah letih memperkenalkan perubahan.
Beliau tidak gentar dengan kontroversi dan pernah menggemparkan hubungan baik diplomatik Malaysia-British dengan mengamalkan dasar ‘Buy British Lasts” sebagai satu tindak balas di atas sikap London yang mendiskriminasikan kepentingan Malaysia.
Beliau kemudiannya memperkenalkan ‘Dasar Pandang Ke Timur’ dengan menjadikan budaya kerja masyarakat Jepun dan Korea sebagai suatu yang harus diteladani oleh rakyat demi meningkatkan produktiviti serta menyemai etika kerja professional.
Program pengswastaan mula diketengahkannya pada tahun 1983 sebagai satu usaha mengurangkan beban kewangan kerajaan dalam menjana projek-projek pembangunan. Pengswastaan terhadap entiti kerajan juga digerakkan agar organisasi yang diswastakan lebih cekap.
Dalam usaha ke arah membina negara maju proses industrialisasi adalah sesuatu yang wajib. Sehubungan itu beliau telah melancarkan ‘Dasar Perindustrian Negara’ yang bertujuan mengorentasikan kegiatan ekonomi Malaysia kepada eksport barangan industri demi mengurangkan pergantungan ekonomi terhadap komoditi dan seterusnya mempertingkatkan teknologi negara melalui pemindahan teknologi.
Melalui dasar ini HICOM, Perwaja dan beberapa kilang berkapasiti tinggi telah diwujudkan. Hasil dasar ini maka lahirkan kereta nasional ‘Proton Saga’. Sejak itu Malaysia menjadi pemain yang aktif dalam industri otomobil dengan mengeluarkan van ‘Rusa’ dan motosikal ;Kriss’ dan menjadi pengeksport kereta yang berdaya maju.
Pada September 1996, kerajaan dibawah kepimpinannya telah mengumumkan pembinaan bandaraya pentadbiran persekutuan ‘Putrajaya’ yang bernilai RM2.6bil.
Putrajaya sebuah bandar pentadbiran terancang mempunyai falsafah murni ke arah mempertingkatkan produktiviti pentadbiran awam negara dan seterusnya mewujudkan ‘kerajaan elektronik’.
Dr Mahathir juga mengilhamkan ‘Kuala Lumpur City Centre (KLCC) iaitu projek hartanah yang terbesar di dunia dengan nilai RM 2bil. Bangunan ini merupakan bangunan tertinggi di dunia dengan 88 tingkat menara berkembar di atas lokasi seluas 40 hektar.
Malaysia pada tahun 2002 dijangkakan mempunyai sebuah empayar hidroelektrik baru iaitu Empangan Bakun, sebuah projek mega yang bernilai RM20bil. di Sarawak.



Menyedari bahawa industri penerbangan awam bukan hanya memerlukan pesawat terbang canggih tetapi juga lapangan terbang yang serba boleh, Dr. Mahathir telah menukar kawasan ladang di Sepang kepada tapak Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Lapangan terbang ini akan tampil sebagai yang tercanggih di rantau ini dengan nilai RM9 bil. Ia akan dapat menampung perjalanan 100 juta penumpang setahun dan pastinya menjadikan Penerbangan Malaysia (MAS) antara yang paling kompetitif di dunia.
Pada tahun 1997, Dr. Mahathir memperkenalkan ‘Koridor Raya Multimedia (MSC)’ yang akan menjadikan Malaysia pusat eksperimen pembangunan prasarana multimedia yang terunggul di dunia.
Tun Dr Mahathir Mohamad pernah menyuarakan hasratnya untuk berundur sebelum kegawatan ekonomi, tetapi terpaksa membatalkan hasrat beliau untuk bersara dan sebaliknya menumpukan perhatian beliau untuk membina semula ekonomi negara.
Bagaimanapun pada penutup Perhimpunan Agung UMNO 22 Jun 2002, Dr Mahathir telah mengejutkan seluruh negara dengan mengumumkan perletakan jawatan beliau sebagai Presiden UMNO.
Dr Mahathir kemudiannya mengumumkan akan bersara sebagai Perdana Menteri pada Oktober 2003 dan menamakan Timbalannya, Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi sebagai pengganti.
Ini menamatkan kariernya sebagai Perdana Menteri paling lama dan salah seorang pemimpin Asia Tenggara yang paling lama berkuasa.
Dr Mahathir Mohamad meninggalkan Malaysia sebagai salah satu negara yang mantap ekonominya di dunia, khususnya di Asia Tenggara.
Selamat Hari Jadi Tun!






P/S :Negarawan yang amat aku hormati.Jasamu di kenang...