JIWA ANAK MERDEKA: July 2013

Wednesday 31 July 2013

TOMBOY HINA ISLAM DITAHAN POLIS


Pihak polis hari ini telah menahan wanita yang dikenali sebagai Chetz atau nama sebenarnya Maznah Mohd Yusof ,38,bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyiaran video yang mencetuskan kemarahan ramai pihak.Viideo selama 1 minit 44 saat itu jelas menunjukkan beliau  menyambut kedatangan Aidilfitri bersama 3 ekor anjing kesayangannya.Menurut pihak polis beliau disiasat dibawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana disyaki melakukan kesalahan atas alasan agama yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni,perpecahan,kebencian sehingga memudaratkan perpaduan.

Berbagai alasan yang diberikan beliau apabila sahaja video kontroversi itu menjadi topik hangat antaranya menyedarkan orangramai perihal penjagaan anjing,berkasih sayang antara manusia dan haiwan bernama anjing serta pelbagai alasan bagi menghalalkan cara dengan menjadikan video Dr Asri sebagai rujukan.Apapun alasan beliau,masyarakat majoritinya umat Islam lain juga mempunya alasan yang lebih kukuh dan meyakinkan.Perlukah kita melihat kepentingan peribadi beliau melampau kepentingan masyarakat Banyak lagi haiwan yang boleh dipelihara dan kenapa mestinya anjing yang begitu sensitiv kepada umat Islam.Ianya bukan lagi menjadi sekadar hobi beliau sebaliknya menjadikannya sebagai sumber pendapatan sebagai pelatih anjing.

Kalaupun ianya hak peribadi beliau yang sangat cintakan anjing,mengapa harus diupload ke you tube dengan cara yang menyakitkan hati orang lain..menggambarkan bagaimana anjing mengambil wuduk sama dengan umat Islam mengambil wuduk?Mengapa harus ada takbir hari raya?Apakah maksud tersirat dengan berkata"

"Raikanlah Aidilfitri bersama-sama, tanpa mengira spesies, warna dan asal-usul (dengan menunjukkan gambar tiga ekor anjing itu)."

Apakah beliau ada agenda lain..hanya beliau yang tahu tetapi tindakan beliau adalah diluar kebiasaan bagi orang Islam di Malaysia,itupun kalau beliau pengamal Islam dan bukan hanya pada nama.Samada seseorang itu beragama Islam atau tidak tindakan seperti beliau jelas satu penghinaan kepada Islam.


JIWA ANAK MERDEKA:KITA NAK TENGOK MANUSIA MANA YANG BERIYA SANGAT NAK BELA DIA NI..NAMPAK LATHEEFA KOYA BERMINAT SANGAT..ATAS DASAR PROFESIONAL ATAU ADAA UDANG DISEBALIK BATU..?

Tuesday 30 July 2013

VIDEO ISLAM DISAMAKAN DGN ANJING PULA MUNCUL..KERAJAAN PERLU TEGAS..!


Makin melampau dan terlampau serta menjadi2 sekarang Islam terus menjadi bahan senda gurau,terbaharu video yang dikatakan dari Chetz menyamakan umat Islam seperti anjing.Dengan menggunakan takbir hari raya,seorang lelaki memakai baju Melayu membawa 3 ekor anjing yang berlainan warna.Apa yang menyedihkan bagaimana cara orang Islam yang mengambil wuduk disamakan pula dengan anjing yang digambarkan seperti mengambil wuduk.lantas lelaki tersebut memberikan anjing2nya yang berlainan warna kuih raya disertakan dengan ucapan

"Raikan Aidilfitri bersama-sama tanpa mengira spesis manusia atau anjing..

Warna ..Belang..Coklat Gelap @ Tompok2 Putih dan Hitam

dan Asal Usul samada anjing Klang Lama,Anjing P.Pinang @ Anjing Rawang 
diselangi pula dengan lagu Suatu Hari Di Hari Raya nyayian M.Nasir

Having A Riang Ria Raya dari Chetz sekeluarga.

Apakah motif video ini diterbitkan kalau bukan untuk menyakiti umat Islam.Disaat umat Islam ingin menyambut hari kemenangan beberapa hari lagi,kesabaran sering diuji.Apakah jalan keluar kepada permasalahan ini selain dari tindakan tegas terhadap mereka yang bertanggungjawab.Jangan sampai Menteri yang majoritinya umat Islam hanya berpelok tubuh dan hanya memberikan amaran dan layaklah sebenarnya dinamakan Menteri Amaran sahaja ataupun perlu ditubuhkan Kementerian Amaran bagi melahirkan Menteri yang hanya pandai memberikan amaran.Apakah Menteri Melayu yang beragama Islam merasa malu mempertahankan kemulian dan kesucian agama atas alasan toleransi?
Jika toleransi dijadikan sandaran apakah mereka mendapat undi popular..sedarlah kalau tidak kerana undi bangsa Melayu Islam meraka tidak berada ditempat sekarang.

Perkembangan mutakhir ini amat menyedihkan serta menyayat serta menghiris perasaan Melayu Islam.Manusia bernama Namewee dijadikan idola, diberikan geran membuat filem oleh kerajaan,Alvin dan Vivian yang pada awalnya tidak dibenarkan ikat jamin akhirnya dibenarkan ikat jamin sebaliknya beberapa orang anak Melayu yang ingin membela nasib Melayu dengan menjentiik Mun Tat berhadapan dengan hukuman mati dan Guneswary yang menjadikan isu tandas sekolah tidak disiasat sebaliknya Guru Besar Sekolah Pristina menjadi sasaran pihak berkuasa...


Kerajaan perlu berhenti bersikap "defensive" serta "apologetic" sebaliknya menggunakan kuasa yang ada sementara Melayu Islam masih berkuasa.Inilah punca antara sebab mengapa UMNO tidak lagi dihati Melayu dan menjauhkan diri.Mereka lebih senang bersama mereka yang tidak malu digelar RASIS seperti Perkasa.Dan andaikata ada diantara Melayu yang malu digelar RASIS..mereka bukanlah bangsa Melayu yang sejati..






JIWA ANAK MERDEKA:NYATAKAN SOKONGAN ANDA DENGAN DISLIKE VIDEO INI DI YOU TUBE.TQ

Thursday 25 July 2013

SEX BLOGGER BEBAS DENGAN IKAT JAMIN


Pasangan kontroversi Alvin dan Vivian sekali lagi mencipta kejutan apabila mereka dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM 10K bagi setiap pertuduhan beerti mereka perlu membayar keseluruhan wang ikat jamin RM 30K jika tidak mahu bermalam di penjara sementara menunggu hari sebutan kes.Walaupun dibebaskan dengan ikat jamin hakim menetapkan mereka perlu mematuhi 4 syarat yang ditetapkan:-
  1. Menyerahkan Pasport Antarabangsa
  2. Tidak Dibenarkan mengupload sebarang gambar
  3. Tidak dibenarkan menggunakan alat telekomunikasi
  4. Melaporkan diri disetiap balai polis pada setiap awaal bulan


Bukanlah niat untuk mempertikaikan hukuman mahkamah tetapi agak pelik ajaib dan hairan dirasakan kerana pada awal pertuduhan minggu lepas pasangan yang sering menimbulkan kemarahan umat Islam ini tidak dibenarkan ikat jamin.Tindakan mengheret mereka kemahkamah adalah untuk mencegah implikasi buruk kepada ketenteraman awam dan sensiviti agama Islam yang sering dipermaikan oleh manusia-manusia seperti mereka yang sering mencabar kesabaran umat Islam di negara ini.Islam sebagai agama rasmi perlu dihormati sebagaimana orang Islam menghormati penganut agama lain.

Jiwa Anak Merdeka kata :Bagi muka..jangan tak bagi muka..mereka lempar taaik kat muka pun kita senyum je..




SUMBER :the star
























Wednesday 24 July 2013

PESERTA RATU CANTIK MELAYU VS MUFTI..ISLAM DICABAR LAGI


Cantik tak semestinya dibawa masuk pertandingan,tanpa pertandingan kecantikan tetap ada dalam kamus manusia.Menilai kecantikan tidak semestinya harus di hakimi dan susuk tubuh diperagakan untuk tontonan.Pertandingan Ratu Cantik Malaysia atau Miss World Malaysia 2013 sekali lagi mendapat perhatian umum bilamana ianya menjadi pertikaian melibatkan peserta Melayu Islam yang sememangnya telah maklum mereka adalah dilarang ikut serta selaras dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung dengan larangan tersebut.Namun sungguh menyedihkan bagi dua anak Melayu yang cun melecun ini ruapa2nya tidak berpuashati ..
DUA daripada empat gadis Muslim yang digugurkan daripada senarai finalis pertandingan ratu cantik Miss Malaysia World 2013 iaitu Wafa Johanna De Corte, 19, dan Sara Amelia Bernard, 20, mempertikaikan dan mempersoalkan keputusan melarang penglibatan mereka dalam pertandingan itu.

Nama mereka dan dua lagi finalis iaitu Kathrina Rizuan, 23, dan Miera Sheikh, 19, digugurkan daripada menyertai pertandingan itu selepas penyertaan wanita Muslim dalam pertandingan tersebut telah ditegur oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh.

Mereka menyifatkan keputusan itu adalah sebagai salah satu daripada diskriminasi berlandaskan agama.

Menurut Wafa Johanna, “saya sangkakan akhirnya peserta Muslim akan dibenarkan menyertainya sekaligus mewakili Malaysia. Saya juga menyangkakan perkara ini (sertai pertandingan ratu cantik) adalah okay, sebab pertandingan akhirnya akan diadakan di negara yang kebanyakan penduduknya beragama Islam iaitu di Indonesia.

“Saya tidak akan memakai pakaian renang ataupun bikini sebaliknya akan memakai pakaian sukan yang bersesuaian,” katanya.

Menurut fatwa yang telah dikeluarkan pada 1996, mana-mana wanita yang beragama Islam adalah dilarang sama sekali untuk menyertai pertandingan ratu cantik.

Kali terakhir wanita Muslim terlibat dalam pertandingan sebegitu ialah penyanyi dan pelakon popular, Erra Fazira yang telah memenangi gelaran Miss Malaysia pada 1992.

Selain Wafa, seorang lagi finalis, Sara Amelia Bernard turut menyatakan perasaan terkejut serta berasa terkilan di atas penguguran namanya sebagai finalis daripada 20 peserta akhir yang telah disenarai pendekkan.

“Kami dibenarkan menyertai pertandingan ini selagi tidak mendedahkan mana-mana bahagian badan, sebaliknya yang ingin ditonjolkan adalah personaliti setiap finalis yang bertanding.

“Kalalu mereka mahu melarang kami, kenapa mereka tidak melarang wanita Muslim yang mewakili negara dalam sukan renang dan gimnastik?” katanya.

Selain itu, Sara juga berharap agar fatwa tersebut dikaji semula supaya membenarkan wanita Muslim bertanding dalam pertandingan ratu cantik.

“Saya berasal daripada ibu bapa yang berkahwin campur dan saya sememangnya dilahirkan sebagai seorang Islam. Saya tidak ada sebarang prejudis terhadap agama sendiri, tetapi nama digugurkan atas alasan tersebut adalah sesuatu yang tidak masuk akal,” katanya.

Bukan semua perkara yang bagi kita hak kita tidak kepada orang lain kerana sebagai manusia yang hidup didalam lingkungan budaya dan nilai agama mereka perlu meletakkan kepentingan kepada agama bangsa dan negara melebihi kepentingan peribadi.Undang-undang diujudkan untuk memanusia manusia supaya menjadi manusia yang bertamadun yang bukan diukur dari kecantikan sahaja tetapi kebolehan mengawal diri melakukan tindakan rasional.Jika mereka sebagai Melayu Islam mempertikaikan Islam kerana kejahilan diri ini tidak bermakna mereka boleh membawa masyarakat lain menerima nilai pegangan mereka,meletakkan pendapat majoriti tidak dihormati.Apatah lagi tindakan sebegini akan memberikan ruang kepada mereka yang tidak memahami Islam terus mempersendakan Islam.


Cuba perhatikan apa yang sedang mereka lakukan berdasarkan perbualan di fb Sara Amelia yang tentunya simpati yang bukan sekadar simpati.







Terbaru Jabatan Agama Islam Persekutuan(JAWI) telah membuka kertas siasatan terhadap keempat mereka
Ini berikutan tindakan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) membuka kertas siasatan terhadap mereka semalam. 
Pengarahnya, Datuk Che Mat Che Ali, berkata kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 7 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) kerana menghina atau menyebabkan Islam dipandang hina. 



TERKINI..!BARISAN NASIONAL KEKALKAN KEMENGAN PRK KUALA BESUT


Secara rasminya BN telah diumumkan memenangai Pi;lihanraya Kecil DUN Kuala Besut pada pukul 10.15mlm tadi menyaksikan calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abd.Rahman menambah majoritinya kepada 2,592 undi .Dengan peratusan keluar mengundi sebanyak 80%,BN memperolehi 8,288 undi sementara calon PAS memperolehi 5,696 undi manakala undi rosak 156.Majoriti yang diperolehi BN meningkat sebanyak 6.49% berbanding 2,434 undi pada Mei 2013.

Keputusan ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat Melayu di Kuala Besut masih memihak kepada BN dan tidak mudah terpengaruh dengan slogan retorik pembangkang seperti 16.16 yang hanya akan merugikan rakyat Kuala Besut.Kemenangan ini juga memberaikan signal jelas kepada kepimpinan BN bangsa Melayu adalah tulang belakang kepada kemenangan sudah tentunya mengharapkan kepentingan bangsa Melayu serta agama Islam menjadi agenda utama kerajaan selain perlu bermuhasabah dan menyedari serta berani mempertahankan Melayu dan Islam yang akhir-akhir ini di perlekehkan oleh orang lain di bumi sendiri.