Cantik tak semestinya dibawa masuk pertandingan,tanpa pertandingan kecantikan tetap ada dalam kamus manusia.Menilai kecantikan tidak semestinya harus di hakimi dan susuk tubuh diperagakan untuk tontonan.Pertandingan Ratu Cantik Malaysia atau Miss World Malaysia 2013 sekali lagi mendapat perhatian umum bilamana ianya menjadi pertikaian melibatkan peserta Melayu Islam yang sememangnya telah maklum mereka adalah dilarang ikut serta selaras dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung dengan larangan tersebut.Namun sungguh menyedihkan bagi dua anak Melayu yang cun melecun ini ruapa2nya tidak berpuashati ..
DUA daripada empat gadis Muslim yang digugurkan daripada senarai finalis pertandingan ratu cantik Miss Malaysia World 2013 iaitu Wafa Johanna De Corte, 19, dan Sara Amelia Bernard, 20, mempertikaikan dan mempersoalkan keputusan melarang penglibatan mereka dalam pertandingan itu.
Nama mereka dan dua lagi finalis iaitu Kathrina Rizuan, 23, dan Miera Sheikh, 19, digugurkan daripada menyertai pertandingan itu selepas penyertaan wanita Muslim dalam pertandingan tersebut telah ditegur oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh.
Mereka menyifatkan keputusan itu adalah sebagai salah satu daripada diskriminasi berlandaskan agama.
Menurut Wafa Johanna, “saya sangkakan akhirnya peserta Muslim akan dibenarkan menyertainya sekaligus mewakili Malaysia. Saya juga menyangkakan perkara ini (sertai pertandingan ratu cantik) adalah okay, sebab pertandingan akhirnya akan diadakan di negara yang kebanyakan penduduknya beragama Islam iaitu di Indonesia.
“Saya tidak akan memakai pakaian renang ataupun bikini sebaliknya akan memakai pakaian sukan yang bersesuaian,” katanya.
Menurut fatwa yang telah dikeluarkan pada 1996, mana-mana wanita yang beragama Islam adalah dilarang sama sekali untuk menyertai pertandingan ratu cantik.
Kali terakhir wanita Muslim terlibat dalam pertandingan sebegitu ialah penyanyi dan pelakon popular, Erra Fazira yang telah memenangi gelaran Miss Malaysia pada 1992.
Selain Wafa, seorang lagi finalis, Sara Amelia Bernard turut menyatakan perasaan terkejut serta berasa terkilan di atas penguguran namanya sebagai finalis daripada 20 peserta akhir yang telah disenarai pendekkan.
“Kami dibenarkan menyertai pertandingan ini selagi tidak mendedahkan mana-mana bahagian badan, sebaliknya yang ingin ditonjolkan adalah personaliti setiap finalis yang bertanding.
“Kalalu mereka mahu melarang kami, kenapa mereka tidak melarang wanita Muslim yang mewakili negara dalam sukan renang dan gimnastik?” katanya.
Selain itu, Sara juga berharap agar fatwa tersebut dikaji semula supaya membenarkan wanita Muslim bertanding dalam pertandingan ratu cantik.
“Saya berasal daripada ibu bapa yang berkahwin campur dan saya sememangnya dilahirkan sebagai seorang Islam. Saya tidak ada sebarang prejudis terhadap agama sendiri, tetapi nama digugurkan atas alasan tersebut adalah sesuatu yang tidak masuk akal,” katanya.
Bukan semua perkara yang bagi kita hak kita tidak kepada orang lain kerana sebagai manusia yang hidup didalam lingkungan budaya dan nilai agama mereka perlu meletakkan kepentingan kepada agama bangsa dan negara melebihi kepentingan peribadi.Undang-undang diujudkan untuk memanusia manusia supaya menjadi manusia yang bertamadun yang bukan diukur dari kecantikan sahaja tetapi kebolehan mengawal diri melakukan tindakan rasional.Jika mereka sebagai Melayu Islam mempertikaikan Islam kerana kejahilan diri ini tidak bermakna mereka boleh membawa masyarakat lain menerima nilai pegangan mereka,meletakkan pendapat majoriti tidak dihormati.Apatah lagi tindakan sebegini akan memberikan ruang kepada mereka yang tidak memahami Islam terus mempersendakan Islam.
Cuba perhatikan apa yang sedang mereka lakukan berdasarkan perbualan di fb Sara Amelia yang tentunya simpati yang bukan sekadar simpati.
Terbaru Jabatan Agama Islam Persekutuan(JAWI) telah membuka kertas siasatan terhadap keempat mereka
Ini berikutan tindakan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) membuka kertas siasatan terhadap mereka semalam.
Pengarahnya, Datuk Che Mat Che Ali, berkata kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 7 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) kerana menghina atau menyebabkan Islam dipandang hina.
No comments:
Post a Comment