Makin melampau dan terlampau serta menjadi2 sekarang Islam terus menjadi bahan senda gurau,terbaharu video yang dikatakan dari Chetz menyamakan umat Islam seperti anjing.Dengan menggunakan takbir hari raya,seorang lelaki memakai baju Melayu membawa 3 ekor anjing yang berlainan warna.Apa yang menyedihkan bagaimana cara orang Islam yang mengambil wuduk disamakan pula dengan anjing yang digambarkan seperti mengambil wuduk.lantas lelaki tersebut memberikan anjing2nya yang berlainan warna kuih raya disertakan dengan ucapan
"Raikan Aidilfitri bersama-sama tanpa mengira spesis manusia atau anjing..
Warna ..Belang..Coklat Gelap @ Tompok2 Putih dan Hitam
dan Asal Usul samada anjing Klang Lama,Anjing P.Pinang @ Anjing Rawang
diselangi pula dengan lagu Suatu Hari Di Hari Raya nyayian M.Nasir
Having A Riang Ria Raya dari Chetz sekeluarga.
Apakah motif video ini diterbitkan kalau bukan untuk menyakiti umat Islam.Disaat umat Islam ingin menyambut hari kemenangan beberapa hari lagi,kesabaran sering diuji.Apakah jalan keluar kepada permasalahan ini selain dari tindakan tegas terhadap mereka yang bertanggungjawab.Jangan sampai Menteri yang majoritinya umat Islam hanya berpelok tubuh dan hanya memberikan amaran dan layaklah sebenarnya dinamakan Menteri Amaran sahaja ataupun perlu ditubuhkan Kementerian Amaran bagi melahirkan Menteri yang hanya pandai memberikan amaran.Apakah Menteri Melayu yang beragama Islam merasa malu mempertahankan kemulian dan kesucian agama atas alasan toleransi?
Jika toleransi dijadikan sandaran apakah mereka mendapat undi popular..sedarlah kalau tidak kerana undi bangsa Melayu Islam meraka tidak berada ditempat sekarang.
Perkembangan mutakhir ini amat menyedihkan serta menyayat serta menghiris perasaan Melayu Islam.Manusia bernama Namewee dijadikan idola, diberikan geran membuat filem oleh kerajaan,Alvin dan Vivian yang pada awalnya tidak dibenarkan ikat jamin akhirnya dibenarkan ikat jamin sebaliknya beberapa orang anak Melayu yang ingin membela nasib Melayu dengan menjentiik Mun Tat berhadapan dengan hukuman mati dan Guneswary yang menjadikan isu tandas sekolah tidak disiasat sebaliknya Guru Besar Sekolah Pristina menjadi sasaran pihak berkuasa...
Kerajaan perlu berhenti bersikap "defensive" serta "apologetic" sebaliknya menggunakan kuasa yang ada sementara Melayu Islam masih berkuasa.Inilah punca antara sebab mengapa UMNO tidak lagi dihati Melayu dan menjauhkan diri.Mereka lebih senang bersama mereka yang tidak malu digelar RASIS seperti Perkasa.Dan andaikata ada diantara Melayu yang malu digelar RASIS..mereka bukanlah bangsa Melayu yang sejati..
JIWA ANAK MERDEKA:NYATAKAN SOKONGAN ANDA DENGAN DISLIKE VIDEO INI DI YOU TUBE.TQ
No comments:
Post a Comment