TOMBOY HINA ISLAM DITAHAN POLIS | JIWA ANAK MERDEKA

Wednesday 31 July 2013

TOMBOY HINA ISLAM DITAHAN POLIS


Pihak polis hari ini telah menahan wanita yang dikenali sebagai Chetz atau nama sebenarnya Maznah Mohd Yusof ,38,bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyiaran video yang mencetuskan kemarahan ramai pihak.Viideo selama 1 minit 44 saat itu jelas menunjukkan beliau  menyambut kedatangan Aidilfitri bersama 3 ekor anjing kesayangannya.Menurut pihak polis beliau disiasat dibawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana disyaki melakukan kesalahan atas alasan agama yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni,perpecahan,kebencian sehingga memudaratkan perpaduan.

Berbagai alasan yang diberikan beliau apabila sahaja video kontroversi itu menjadi topik hangat antaranya menyedarkan orangramai perihal penjagaan anjing,berkasih sayang antara manusia dan haiwan bernama anjing serta pelbagai alasan bagi menghalalkan cara dengan menjadikan video Dr Asri sebagai rujukan.Apapun alasan beliau,masyarakat majoritinya umat Islam lain juga mempunya alasan yang lebih kukuh dan meyakinkan.Perlukah kita melihat kepentingan peribadi beliau melampau kepentingan masyarakat Banyak lagi haiwan yang boleh dipelihara dan kenapa mestinya anjing yang begitu sensitiv kepada umat Islam.Ianya bukan lagi menjadi sekadar hobi beliau sebaliknya menjadikannya sebagai sumber pendapatan sebagai pelatih anjing.

Kalaupun ianya hak peribadi beliau yang sangat cintakan anjing,mengapa harus diupload ke you tube dengan cara yang menyakitkan hati orang lain..menggambarkan bagaimana anjing mengambil wuduk sama dengan umat Islam mengambil wuduk?Mengapa harus ada takbir hari raya?Apakah maksud tersirat dengan berkata"

"Raikanlah Aidilfitri bersama-sama, tanpa mengira spesies, warna dan asal-usul (dengan menunjukkan gambar tiga ekor anjing itu)."

Apakah beliau ada agenda lain..hanya beliau yang tahu tetapi tindakan beliau adalah diluar kebiasaan bagi orang Islam di Malaysia,itupun kalau beliau pengamal Islam dan bukan hanya pada nama.Samada seseorang itu beragama Islam atau tidak tindakan seperti beliau jelas satu penghinaan kepada Islam.


JIWA ANAK MERDEKA:KITA NAK TENGOK MANUSIA MANA YANG BERIYA SANGAT NAK BELA DIA NI..NAMPAK LATHEEFA KOYA BERMINAT SANGAT..ATAS DASAR PROFESIONAL ATAU ADAA UDANG DISEBALIK BATU..?

1 comment:

  1. astaga..apa nak jadi dgn dia ni...agak2lah nak glamer pon

    ReplyDelete