UMNO sudah sekian lama dilabel oleh pendokong PAS sebagai pengkhianat kepada bangsa Melayu.Bak kata mereka semuanya salah UMNO bila banyak tanah Melayu digadaikan kepada bangsa lain.Lagu dendangan PAS ini disambut gembira oleh rakan pakatan mereka yg terdiri dari DAP dan PKR.Kejayaan PR bilamana suatu ketika membentuk kerajaan di Perak menjadikan mereka mabuk kuasa.DAP yang ketika itu menjadi parti dominan dengan menguasai kerusi terbanyak di DUN Perak inginkan jawatan Menteri Besar dari kalangan ADUN DAP.Malang bagi mereka ,Undang-Undang Tubuh Negeri Perak menyatakan Menteri Besar hendaklah dari bangsa Melayu menyebabkan kompromi diadakan antara Lim Kit Siang,Ngah Khor Meng dan juga Ngeh Kor Ham bersama Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP menerima Nizar Jamaludin sebagai Menteri Besar.Keputusan menolak Nizar pada awalnya berubah 24 jam selepas itu akibat campurtangan Nik Aziz.
Keratan Malaysiakini pada awalnya menolak Nizar sebagai MB kerana lebih berminat kepada Pengerusi DAP Perak Ngeh Koo Ham ADUN Setiawan ataupun Jamaludian Mohd Radzi ADUN PKR Behrang.
Keputusan berubah 24 selepas campurtangan Nik Aziz dengan DAP bersetuju melantik Nizar dari PAS
Nik Aziz yang terkenal dengan air kakinya telah menawarkan tanah yang besar dan habuan berjuta ringgit selain Ngeh dan Nga dipastikan akan mendapat kedudukan selain Exco Kerajaan Negeri Perak bagi mengawal Nizar serta tempat dalam DAP dengan menganggotai Jawatankuasa Eksekutif Pusat.Sebuah syarikat RM 2 ditubuhkan dengan nama Upaya Padu Plantation Sdn.Bhd. dengan 3 penama yang kemudiannya diambil alih oleh Ngeh dan Nga serta kroni DAP
Lokasi tanah tersebut di Relai,Daerah Chiku, Gua Musang.Kelantan.Bayangkan rakyat Kelantan sendiri tidak diberi tanah tetapi Nik Aziz dengan semudah itu merasuah 10,526 ekar bernilai lebih 30juta ringgit kepada DAP.
Surat tuntutan yang dikeluarkan oleh Ngeh & Co adalah syarikat guaman milik Ngeh Koo Ham. Dibawah adalah dokumen selepas pertukaran nama yang telah selesai.Sekelip mata mereka memperolehi 10,526 ekar dengan nilai pasaran melebihi 30juta ringgit.
Siapakah yang sebenarnya menjadi pengkhianat kepada bangsa Melayu kalau bukan Nik Aziz yang sanggup memberikan tanah yang begitu luas kepada DAP cauvanis seperti Ngeh dan Nga,jika rakyat Kelantan melalui ladang rakyat hanya diberikan beberapa ekar seorang itupun bukan sebagai pemilik sebaliknya hanyalah sebagai peserta tanah ladang rakyat .Selepas ini bolehlah penyokong PAS minum percuma di OLD TOWN WHITE COFFEE ,order apa saja,tak habis 30 juta tu kalau pakat minum sorang segelas.
No comments:
Post a Comment