JIWA ANAK MERDEKA: October 2012

Thursday 11 October 2012

Ulama PAS Akan Di Tendang Oleh Anwar


Mantan Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir sendiri mengakui bahawa Anuwar adalah antara anak didiknyanya yang paling licik dalam memanipulasikan keadaan.Lakonannya selama berada didalam UMNO dan kerajaan berjaya melonjakkan dirinya begitu pantas disinggahsana politik negara dengan mengenepikan ramai nama besar dalam politik.Cara beliau bergerak dengan meletakkan orang-orangnya disemua sayap parti dan intrumen kerajaan adalah sesuatu yang tidak terduga oleh Tun Mahathir.Selain itu Anwar turut meletakkan orang-orangnya didalam NGO bagimemberikan tekanan kepada kerajaan dalam menjayakan agenda jahat beliau.

Setelah dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri Anwar yang telah mempunyai akar umbi disegenap penjuru bidang politik dan ekonomi dan pentadbiran melakukan perkara yang sama .Sewaktu PRU 12 Anwar berjaya mempengaruhi DAP dan PAS agar bekerjasama bagi menjayakan impiannya menjadi PM.PAS yang dahulunya bangga dengan kepimpinan ulama  yang lantang dalam memperjuangkan Negara Islam dan Hukum Hudud seperti telah diberikan air jampi..terus lemah dan longlai.Tiada lagi laungan Negara Islam dan Hukum Hudud dan bagi menutup kelemahan,maka timbullah Negara Berkebajikan.Taring Ulama PAS sekali lagi dicabut tanpa dibius dahulu oleh Anwar berjaya mempengaruhi Nik Aziz meminta Ustaz Nasharudin keluar dari PAS apabila timbul kenyataan Ustaz Nasharudin meminta PAS keluar dari Pakatan Rakyat dan menyifatkan Karpal Singh Anti Hudud dan Anti Islam.Ini berbeza dengan Hasan Ali yang berjaya disinggkirkan dari PAS dengan sentuhan ajaib Anwar.Kelantangan beliau dalam isu memurtadkan umat Islam serta kritikan keras beliau terhadap Karpal Singh menguburkan karier politik beliau dalam PAS.

Pengaruh Anwarinas dalam PAS dapat dilihat sejak mula memaikan peranan beliau mengangkat Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden.Anwar tidak mahu kepimpinan ulama menguasai PAS,dengan menyingkirkan Ustaz Nasharudin yang dilihat sebagai barisan ulama yang mampu menggugat kesinambungan politik Anwar.
Baginya Mat Sabu mudah dijinakkan berbanding Ustaz Nasharudin,begitu juga Husam Musa yang diletakkan di Kelantan adalah anak didik Anwar dalam mempengaruhi Nik Aziz mengikut acuan yang dikehendaki oleh Anwar.Ada juga yang melabelkan mereka sebagai golongan Erdogan yang menjadi jelmaan Anwar didalam PAS dalam meliberalkan perjuangan PAS seperti mana yang dilakukan .

Islam Liberal,kesamarataan agama,pluralisme tidak dapat dilihat dengan mata kasar,perjuangan begini adalah selari dengan perjuangan DAP yang secara terang2 tidak senang dengan perkembangan syiar Islam dinegara ini.Impian DAP untuk menjadikan negara Malaysia menjadi sebuah negara republik semakin menjadi kenyataan apabila kuasa politik Melayu di negara kini berpecah kepada tiga melalui UMNO,PASdan PKR.
Apakah orang Melayu Islam di negara ini sudah bersedia menjadi pelarian di negara sendiri...?

Wednesday 10 October 2012

PAS Pecat Ustaz Nasharudin?Saksikan Video Panas Ini..


Ustaz Nasharudin nampaknya memilih jalan berani dengan menggunakan pentas yang selama ini menjadi tempat ahli-ahli UMNO berkampung sebagai medan baginya melepaskan apa yang terbuku dihatinya.Tabik spring buat beliau yang menjadikan prinsip yang konsisten sebagai asas perjuangan dan bukannya politik yang yang kemaruk nak ke Putrajaya hingga sanggup menggadaikan Islam dan bangsa Melayu di pasar lelong paling murah.Sebelum ini dakwaan beliau banyak menyimbah api kemarahan dikalangan politikus murahan PR yang mendakwa PAS perlu keluar dari PR kerana Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh Anti Islam dan Anti Hudud.Kenyataan beliau mendapat reaksi kurang senang Dewan Pemuda PAS Pusat dan Nik Aziz dan menyarankan beliau keluar dari PAS sekiranya tidak sehaluan dengan kepimpinan parti.
Namun  Majlis Syura PAS tidak mengambil sebarang tindakan dan terbaharu  beliau sekali lagi mengulangi kenyataannya di PWTC.
Ada beberapa persoalan yang dilontarkan oleh Ustaz Nasharudin :-
  1. Mengapakan usaha untuk membincangkan perpaduan ummah dilabelkan sebagai "taboo"(larangan)
  2. "Adakah agama mengajar umatnya meletakkan ajaran Islam di tempat kedua semata-mata mahu mendapatkan kuasa?"
  3. Adakah selepas PRU 13 nanti sekiranya kumpulan bukan Islam memenangi kerusi terbanyak di Parlimen akan ada jaminan amalan-amalalan Islam dalam pelbagai Institusi seperti Mahkamah Syariah,Perbankan Islam,Majlis Agama Islam Negeri-negeri dapat dipertahankan,dibaiki atau dihapuskan perlahan-lahan.
Beliau juga menyentuh soal Islam Liberal yang cuba di bawa oleh Anwar apabila Anwar secara terang-terang memberikan pendapat Islam itu hanya agama persaudaraan sahaja dan tidak lebih dari itu dalam suatu majlis pelancaran buku oleh seorang penulis India di Kuala Lumpur baru-baru ini.Pendedahan oleh beliau tentang suatu majlis gereja yang mendoakan agar Malaysia menjadikan Kristian sebagai agama rasmi dalam suatu majlis kesyukuran selepas memenagi pilihanraya di Sarawak memberikan signal yang cukup jelas agenda jahat mereka.Apa yang menariknyanya beliau turut melontarkan persoalan begini'
"Pernah tak dalam sejarah kegemilangan Islam ini bermula dari zaman Rasullullah s.a.w sampai saat saya bertanya soalan ini,pernah atau tidak kemenangan Islam itu dibantu oleh orang kafir "dan jawapannya kemenangan Islam itu hanya dibantu oleh umat Islam.

Saksikan Video dibawah 





Wednesday 3 October 2012

Melayu Mudah Lupa Part 1-Wajib Tonton


Meminjam kata-kata Tun Mahathir "Melayu Mudah Lupa"mengajak kita berfikir kemanakah arah perjuangan bangsa Melayu yang sebenarnya.Sejarah bangsa Melayu tidak dijiwai oleh kebanyakan anak muda yang tidak pernah merasai bagaimana kejayaan hari ini adalah hasil perjuangan nenek moyang kita yang mahu melihat bangsa Melayu dipandang tinggi di negara sendiri.Mungkin video di bawah ini dapat mengajak kita berfikir sejenak tentang apa yang dikatakan 
                                       
 "MELAYU MUDAH LUPA"


Monday 1 October 2012

Kempen Boikot Barang FELDA Oleh DAP,Tunjukkan Belang Sebenar DAP


Sudah terang lagi bersuluh tapi yang anehnya ada juga yang dah dibutakan mata dan dibutakan hati hanya kerana undi untuk berkuasa tak kira bagaimana asalkan berjaya menawan Putrajaya.Terbaru kempen boikot barangan keluaran FELDA dijalankan oleh DAP .Alasan nya kerana hasil jualan barangan keluaran FELDA contohnya seperti minyak masak akan masuk kedalam kantung UMNO.
Tetapi bukan sesuatu yang memeranjatkan kerana penyokong PAS dan PKR khususnya orang Melayu tidak ambil kisah kerana bagi mereka inilah dikatakan kesepakatan,bersetuju dalam segala hal walaupun ianya menyentuh sensiviti dan survival bangsa Melayu dalam politik dan perniagaan.

Apa kata Warga FELDA

Menara Felda Mercu Tanda Kejayaan Melayu

FELDA  yang ditubuhkan pada 1hb Julai 1956 bertujuan mengatasi masalah kemiskinan penduduk khususnya masyarakat Melayu di luar bandar.Walaupun kemiskinan tidak dapat dihapuskan secara total,kesannya penubuhan FELDA terhadap tahap kehidupan sosial,politik dan ekonomi kaum Melayu membuatkan DAP merasakan FELDA mengancam survival politik golongan racist DAP orang Melayu maju dan terbela.Kini FELDA sudah melangkah jauh dengan penyenarain FGVH yang meletakkannya kini berada di pasaran global meliputi pelbagai bidang berkaitan dengan perladaangan,minyak dan lemak,oleokimia,logistik dan pelbagai keegiatan perkhidmatan seperti kejuruteraan,teknologi maklumat dan perkhidmatan kawalan keselamatan di peringkat antarabangsa.

Warga FELDA seharusnya berasa bertuah kerana nasib mereka sering mendapat pembelaan dari pihak kerajaan melalui pelbagai bentuk bantuan seperti,Pusat Dalam Komuniti,Pusat Literasi Keluarga,Pusat Permata,Asrama Semai Bakti,Skim Tuisyen FELDA,Insentif Pendidikan,Pinjaman Pelajaran Tinggi,MRSM Felda dan banyak lagi yang membuatkan golongan racist DAP merasakan mereka terancam.Malangnya ada segelintir bangsa Melayu didalam PKR dan PAS sanggup bersekongkol dengan DAP menjatuhkan kerajaan yang kononnya zalim.Memperjudikan nasib bangsa sendiri dengan berpakat dengan racist DAP asalkan mampu ke Putrajaya.Dan sekiranya mereka memerintah..kesamarataan kaum yang menjadi agenda perjuangan DAP akan melenyapkan FELDA .Orang Melayu mesti bijak berpolitik..

Siapa Pilihan Orang Muda Dalam PRU 13?

                                     
Melihat kepada perkembangan politik mutakhir ini,berbagai persoalan mengenai sikap orang muda yang layak mengundi ataupun pengundi muda menimbulkan persoalan kerana statistik yang dikeluarkan oleh SPR menunjukkan 4.3 juta rakyat Malaysia yang berumur 40 tahun kebawah tidak mendaftar sebagai pengundi.Mereka adalah tergolong daripada 30peratus rakyat Malaysia yg mensia-siakan peluang sebagai pengundi dan 51.8 peratus adalah mereka yang berumur di bawah 40 tahun.Namun demikian dianggarkan 2.9 juta pengundi baru atau satu perlima dari 13.1 juta yang layak mengundi adalah pengundi baru.
Pengundi baru ini secara logiknya sudah tentulah kebanyakannya adalah dari golongan muda dan peratusan yang berumur 40 tahun keatas adalah kecil.Banyak kajian dilakukan terhadap pola pengundian orang muda terhadap pilihanraya di Malaysia samada menyebelahi pihak kerajaan atau pembangkang namun politik realiti sebenarnya harus menjadi fokus dan bukan andaian.



2.3 juta orang yg layak mengundi adalah terdiri daripada mereka yang berumur 21-29 tahun.Golongan ini mudah diperdayakan oleh pihak pembangkang kerana emosi mereka mudah ditawan dengan propaganda dan persepsi negativ.Ledakan teknologi maklumat dengan dunia tanpa sempadan menjadikan golongan muda sebagai sasaran.Dengan hujung jari sahaja segala fitnah dan tohmahan yang dilemparkan kepada pihak kerajaan boleh mengganggu emosi dan persepsi mereka namun itu mungkin berkesan pada PRU ke 12.
Kemenangan PRO A dalam pilihanraya kampus adalah antara petanda awal pola pemikiran anak muda.Beberapa isu yang dimainkan oleh pembangkang dalam mempengaruhi anak muda seperti PPTN,AUKU dan banyak lagi tidak lagi diterima bulat-bulat.Begitu juga kejayaan pihak kerajaan memenagi Pilihanraya Kecil  walaupun pada awalnya badai Tsunami politik masih dirasai namun akhirnya beberapa siri akhir PRK dimenangi oleh BN dan yang terakhir di PRK KERDAU adalah signal awal bahawa orang muda memang bersama BN.
Adalah amat menyedihkan bila anak muda khususnya anak muda Melayu mudah terbuai dengan janji kosong pakatan rakyat..diseret bersama menyertai berbagai himpunan haram dengan pelbagai nama seperti Himpunan Haram BERSIH 3.0 dan Himpunan Hijau yang sebenarnya hanya memberikan keuntungan politik kepada pemimpin pembangkang.Bilamana anak Melayu terpaksa bermalam di lokap,pemimpin mereka cabut lari dan paling menguntungkan peguam-peguam dari parti pembangkang yang mendapat laba sampingan.Takkala ahli PAS terpaksa meminta sumbangan setiap kali berceramah dengan alasan jihad ke jalan Allah,Anwar Ibrahim ke sana sini menaiki jet peribadi..
Paling menyedihkan generasi muda profesional yang lebih dikenali sebagai generasi Y yang mendapat segala kemudahan dari kerajaan mudah lupa asal usul mereka.
Sehingga tahun 2008 bilangan golongan profesional bumiputera ialah seramai 68,776 orang
 iaitu 42.5 % atau 0.33 % daripada penduduk bumiputera di negara ini dan seharusnya mereka menyedari bahawa kejayaan mereka selama ini kerana keberkesanan dasar-dasar kerajaan membaiki taraf hidup bumiputera yang kebanyakan dahulunya berasal dari anak-anak petani,nelayan dan peneroka.
Perjuangan anak muda Melayu masih jauh..kaum Melayu dianggagrkan 65% dari komposisi kaum di Malaysia berpecah kepada 3 melalui UMNO,PAS dan Keadilan. adakah kita mahu melihat kaum Melayu kita di peralatkan oleh DAP yang semakin mendominasi Pakatan Pembangkang.Dijangkakan DAP akan mendapat 90 kerusi ,60 kerusi PAS dan selebihnya PKR dari 222 kerusi Parlimen ,jika anak Melayu bijak mengira,kebarangkalian seorang Perdana Menteri dari Parti DAP akan muncul dalam sejarah Malaysia.Apakah anak muda Melayu merasakan meraka akan lebih terjamin...nasib bangsa dan anak cucu kita bukan untuk dicuba-cuba...