JIWA ANAK MERDEKA: August 2013

Friday 2 August 2013

NAMEWEE MAHU SEMBUR AIR KENCING KE MUKA MENTERI..



Inilah manusia yang tak tahu mengenang budi kerajaan yang pernah membantu memberikan dana sebanyak RM 500,000 bagi menerbitkan filem Nasi Lemak 2.0,memperlekehkan kerajaan melalui video terbaharunya.Manusia yang menjadikan alasan berkarya sebagai medium menyampaikan idea dengan cara yang menjengkelkan.Karya picisan beliau yang terbaharu kini menjadi sajian masyarakat yang sarat dengan kata-kata kesat yang hanya lahir dari jiwa manusia yang suka menterjemahkan pemberontakan diri semdiri,rasa tidak puashati dengan meletakkan manusia lain sebodoh-bodoh manusia selain dari dirinya yang merasakan secerdik-cerdik manusia.Kelainan dan keluarbiasaan dari norma norma manusia bertamadun mudah menjadikan sesuatu itu popular samada tindakan itu memberikan kesan positiv atau sebaliknya.Mungkin juga irihati Namewee terhadap Vivian dan Alvin  serta Chetz menjadikan aspirasi bagi beliau melahirkan karya gombal agar dinilai bahawa beliau adalah manusia yang kritis,tidak peduli akan implikasi asalkan apa sahaja yang melintas dikotak fikiran beliau itu perlu menjadi perhatian umum.

Video selama 5 minit 23 saat itu turut menjadikan dua orang Menteri Melayu iaitu Menteri Komunikasi dan Multimedia,Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek serta Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Ahmad Ahmad Zahid Hamidi menjadi sebagai subjek kritikan melampau.Mengecam Menteri perihal pendakwaan Alvin dan Vivian isu  sup"Bak Kut Teh ".Tidak cukup dengan itu isu Guru Besar Sek.Rendah Kebangsaan Sri Pristina dikatakan kononnya menyuruh"murid bukan Islam disuruh makan dalam tandas "menjadi bahan jenaka yang memualkan walhal isu itu sudah selesai tetapi masih mahu diputarbelitkan .

Keputusan Kerajaan melalui Menterinya Datuk Seri Ahmad Zahidi mengenai penangguhan tayangan filem New Village yang mencetuskan banyak bantahan supaya dinilai semula oleh FINAS turut menjadi bahan kecaman Namewee.Mengangkat komunis sebagai wira memperjuangkan kemerdekaan tanah Melayu jelas membelakangkan sejarah.Beliau sebenarnya tidak layak menjadi warganegara Malaysia  ini sekiranya menjadikan komunis sebagai wira kemerdekaan yang sememangnya musuh negara.

Kebiadapannya jelas terlihat apabila seakan2 memberikan amaran supaya kerajaan tidak menangguhkan filem terbaru arahannya King Kara yang dijangkakan akan ditayangkan pada 1 Ogos.Apakah ini gimik kerana pelancaran filem beliau dengan mengundang populariti murahan berbau kebencian perkauman dengan isu terpilih atau memang beliau memilih melakukan provokasi supaya reaksi masyarakat akan menjadikan karya seninya dihargai walaupun sebenarnya ianya langsung tidak diperlukan seperti juga manusia bernama Namewee di bumi Malaysia yang tercinta ini.



JIWA ANAK MERDEKA :ORANG BERBUDI KITA BERBAHASA..