JIWA ANAK MERDEKA: August 2012

Friday 3 August 2012

Dimana Maruah Kerajaan Kelantan Bila Pusat Karaoke Di Serbu

gambar hiasan

Masih ada yang beranggapan di Kelantan semuanya Islamik..lebih dari negeri-negeri lain yang dikatakan tidak mengamalkan cara pemerintahan Kerajaan PAS Kelantan.Setelah sekian lama memerintah tentunya banyak perubahan dari segi sikap,budaya dan pembangunan rohani dan jasmani diterjemahkan dalam bentuk perlaksanaan.Saban waktu takzirah agama menjadi santapan minda dan jiwa masyarakat di Kelantan tetapi benarkan kesannya dapat dilihat secara realiti.Jolokan Serambi Mekah yang sering menjadi rujukan kamus bagi penyokong PAS hanya indah khabar dari rupa.
Buktinya bila sebuah Pusat Karaoke di Jalan Kebun Sultan di Kota Bharu telah diserbu malam semalam pada pukul 11.30 malam.Berita lanjut sila baca disini

Lagi Fatwa Sesat Nik Abduh Ayah Pin

Mane punya belajar sekolah agama Nik Abduh ni.Nak salah siapa kalau buka salah asuhan.Dah kemaruk nak ke Putrajaya sanggup putarbelitkan agama demi kepentingan politik.Peliknya yang duduk keliling dia tu boleh duduk diam macam kena jampi..betul lah agaknya dia ni anak murid Ayah Pin.Taksub gila kepada pemimpin walaupun pemimpin suruh makan tahi lembu..makan..jangan tak makan.Nanti tak bau syurga ciptaan PAS.

Kelantan Tak Cukup Air Nak Mandi Jenazah..?Aduhai Kesian..


Masalah air bersih yang berlarutan sekian lama memaksa urusan pengkebumian jenazah seorang warga emas  di Kelantan tertangguh selama 4 jam.Jenazah Che Yan Chik 93,yang meninggal di hospital Tumpat pada pukul enam pagi sepatutnya di kebumikan sebelum Zohor seperti yang diberitahu oleh cucunya Mahadi Mohamad Moktar,47 namun terpaksa menunggu bekalan lori tangki Air Kelantan Sdn.Bhd(AKSB) kerana bekalan paip air terputus di kampung Bendang Pak Yong Atas Kok.Menurutnya masalah air semakin kritikal kebelakangan ini dan di bulan puasa ini ia amat menyulitkan mereka membuat persiapan berbuka dan bersahur.
Selanjutnya baca di sini

Beginilah nasib rakyat marhain di Kelantan sebenarnya,pemimpin PAS di Kelantan hebat mengkriktik kerajaan pusat dengan pelbagai tohmahan namun gagal menyelesaikan masalah asas seperti air.Jika dalam soal air inipun pemimpin PAS gagal  nak selesaikan ,lupakanlah niat nak tawan Putrajaya.Inilah akibatnya jika hanya tahu mengkritik tetapi tidak tahu cara mentadbir.Pemimpin PAS hanya tahu menyalak seperti anjing di mikrofon memaki hamun,mencaci dfan menfitnah dalam ceramah mereka siang dan malam tak kira masa.Sakit meroyan ni bertambah terok bila semakin hampir dengan pilihanraya.Sibuk dengan ceramah diserata tempat seantero Malaya ni kononnya merekalah sahaja yang mampu mentadbir .Sekarang ni semangat nak berceramah semakin kuat kerana dikelilingi Ustazah Mee Segere seperti Abby Abady yang sentiasa ada di pentas ceramah menaikkan semangat kelakian pemimpim PAS.Sambil berceramah..urut jangggut dan jeling2 Ustazah kat sebelah....miaowwwww...


Thursday 2 August 2012

Calon YB PRU 13..Mengapa Harus Guna Calon Recycle..?


Bila lah agaknya PRU 13 ni..PM lambat betul nak umumkan..bukan apa..aku rasa kesian sangat kat mereka-mereka yang dah macam meroyan nak jadi calon YB ni.Siapa lah yang tak nak di calonkan jadi YB..kalau calonkan Zizan Raja Lawak pun,dia pasti bercakap 3 hari 3 malam sorang diri...akukah manusia yang bertuah itu.Apatah lagi bagi mereka yang terlibat secara langsung dengan politik ditawarkan menjadi YB ..jarang sangat yang nak menolaknya..biasa nya buat malu2 kucing Parsi..nak sebenanrnya tapi kata mesti berlapik,nanti orang kata kemaruk kuasa payahlah pulak.

UMNO DAN CALON RECYCLE

Antara faktor kemenangan parti dalam PRU ialah calon.Berbagai kriteria mesti dipenuhi supaya dapat memenangi hati rakyat marhain.Peliknya adakah calon recycle masih lagi mendapat tempat pucuk pimpinan parti.Memang ada calon yang mampu menang walaupun dah beberapa kali dikitar semula seperti Dato Saril Samad tapi ketokohan manusia sebegitu sukar dicari.Sebagai parti yang dikatakan keramat UMNO harus melihat bagaimana potensi calon dari pelbagai segi.Perwatakan fizikal janganlah diambil kira sangat,yang paling penting dekat dihati rakyat..muka licin macam kulit telor atau tangan yang lembut semasa bersalam dengan YB bukanlah suatu kriteria,

Pengalaman dalam politik memang perlu tetapi adakah orang lain kurang berpengalaman.Kalau setakat pengalaman bagaimana nak mengumpulkan harta,memiliki motosikal berkuasa tinggi,merompak tanah kebun berpuluh-puluh ekar,bergaya dengan beg tangan berpuluh2 ribu,tinggal jauh dai kawasan didalam mahligai yang berjuta2 ringgit dan membolot semua kontrak dalam kawasan ADUN,baik tak payah jadi calon.Calon beginilah yang sebenarnya merosakkan parti..bekerja kerana kepentingan diri sendiri.Dari buat longkang sampai ke tender jalanraya semua dia sapu,bukan orang tak tahu tapi entah ilmu bomoh siam mana lah yag dia hembus kat pucuk pimpinan yang nampaknya dah mula letakkan dia sebagai calon.

Sekarang ni dah mulalah menepek dalam majlis2 yang ada VVIP agar kelihatan komitmen palsu disebalik wajah palsu botoknya yang dibayar hasil rompakan harta rakyat.Masa jadi YB dulu bukan main sombong dengan rakyat,nak nampak batang hidung pun susah,bila dah tak tercalon guna VVIP nak lobby ikut pintu belakang.Jawatan Ketua Bahagian,Ketua Wanita,Ketua Puteri dan sewaktu denganynya janganlah dilihat sebagai tiket otomatik tetapi wajarlah pandangan akar umbi yang perlu diambil kira dan bukannya hiraki politik yang kadangkala dimenangi dengan cara kotor.