JIWA ANAK MERDEKA: January 2013

Monday, 14 January 2013

MAJLIS SYURA PAS-ULAMA ATAU ULAR DALAM SEMAK?


Sesudah tiga minggu isu kalimah Allah berkemundang,sekali lagi UMNO disalahkan dengan alasan memainkan isu tersebut walhal isu tersebut didendangkan dengan alunan cukup sentimental oleh Lim Guan Eng.Dalam berbagai irama yang didendangkan,PAS tentunya mempunyai ramai komposer yang mencipta pelbagai lirik dan irama walaupun tujuannya sama iaitu ianya tetap lagu.Versi PAS isu kalimah Allah memang sumbang dan terus ke laut.
Guan Eng bijak memilih lagu..mengharap komposer PAS mencipta berbagai versi kerana saat ini apa sahaja yang bakal dicanangkan oleh DAP pastinya akan disambut dengan pelok cium ala-ala Arab,sampai berlendir muka,kerana lendir juga disukai oleh Anwar Ibrahim.



Apa Isu Tujuan Kalimah Allah Oleh Lim Guan Eng.

Sifirnya cukup mudah kenapa Lim Guan Eng mahukan kalimah Allah dibenarkan digunakan dlm Bible Versi Bahasa Malaysia.Matlamatnya mahu memurtadkan umat Islam kerana apa guna Bible menggunakan nama Allah sebagai menggantikan 'God' atau 'Lord' yang kitabnya akan dibaca oleh orang yang menggunakan Bahasa Malaysia kalau bukan bangsa Melayu itu sendiri.Pasaran kitab Bible versi Bahasa Malaysia pastinya untuk pasaran Malaysia dan bukannya ke negara China,Vietnam atau di Kandahar Afghanistan?

Isunya sebenarnya mudah kerana kalimah Allah jika diterjemahkan dalam apa-apa bahasa lain di dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar maksudnya.Jika contohnyanya kalimah Allah yg diterjemahkan dalam Bible bermaksud akan ada nanti anak tuhan,tuhan bapa dan roh kudus sedangkan Allah itu Allah Yang Esa, Tunggal, tidak beranak dan tidak diperanakkan.Maka kekeliruan akan berlaku bagi mereka yang tidak memahami khususnya anak-anak dan golongan muda yang kurang ilmu pengetahuan.




Hj Hadi dan Nik Aziz adalah antara kepimpinan PAS berpendirian kalimah Allah boleh digunakan oleh bukan Islam.Walaupun ramai dikalangan kepimpinan PAS tidak bersetuju antaranya Dr Haron Din,Harun Taib dan Nasharudin Mat Isa.Namun Hj Hadi pada awalnya bertegas dengan pendiriannya,telah menyatakan kesepakatan diantara DAP dan PKR tentang kalimah Allah.Telinga sebelah kiri Hj Hadi ditarik oleh Anwar manakala sebelah kanan oleh Lim Kit Siang mengumumkan pendirian bersama mengenai isu kalimah Allah.



Bila mana kesan daripada pendapat yang berbeza itu tidak menguntungkan parti PAS maka Majlis Syura PAS membuat keputusan pada 13hb Jan 2013 menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibolehkan kerana ianya salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata. Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah.





Kristian dan DAP



Masyarakat Melayu Islam perlu menilai tindak tanduk DAP didalam Pakatan Rakyat sebenarnya mempunyai agenda tertentu yang jika tidak dihalang dan dicegah akan memberikan kesan buruk kepada agama Islam.Inilah sebenarnya jihad kita,mempertahankan akidah umat Islam dari dipesongkan oleh mereka yang mempunyai kepentingan politik.PAS yang masih menanti batuk dan bersin dari DAP,bila sahaja ada diantara pemimpin DAP seperti Karpal Singh terbatuk dan terbersin,PAS akan menikuskan diri seperti mana yang terjadi dalam isu Kedai Gunting Rambut di Kelantan baru-baru ini.Kata-kata ulama-ulama PAS yang berbelit-belit sama seperti ular didalam semak.


DAP cuba mengukur sejauh mana Melayu Islam boleh bersependapat khususnya membabitkan agama Islam.Ulama PAS yang berbeza pendapat menunjukkan diantara mereka ada yang meletakkan kepentingan politik mengatasi kesucian agama Islam.Mereka tidak pernah konsisten dalam menyatakan pendapat sebaliknya banyak dipengaruhi  nafsu yg semata-mata mahu ke Putrajaya.