Gendang Pilihanraya Semakin rancak kedengaran di sana sini.Pilihanraya Umum Ke 13(PRU13) dikatakan merupakan ibu segala peperangan setelah negara dilanda tsunami politik pada PRU12.Semboyan telahpun dilaongkan oleh panglima-panglima perang parti pembangkang mahupun penyokong kerajaan.Mungkin dalam bulan June nanti pilihanraya akan diadakan.PRU13 akan menentukan masa depan politik negara,rakyat Malaysia harus bijak dalam memilih siapakah yang layak memerintah.Janganlah mudah terpedaya dengan perjungan palsu Pakatan Rakyat yang telah banyak meniu kita hidup-hidup,aku tidak mahu termasuk dalam golongan manusia yang mudah ditipu dan adalah menjadi tanggujawab aku untuk mengingatkan seluruh rakyat Malaysia yang Gegar Malaya akan cuba menggegarkan otak segenap lapisan masyarakat yang seperti tertidur mendengar alunan nyanyian si pepenipu-penipu ini.
PKR
AlJuburi ni adalah mastermind dalam Pakatan Rakyat,kelicikannya berpolitik berjaya membawa PAS dan DAP duduk sekelambu.Bukan aku yang panggil dengan gelaran itu tetapi itulah panggilan yang mula-mula diperkenalkan oleh pemimpin PAS pada satu ceramah di Taman Melewar sebaika sahaja pendedahan isu main belakang oleh Karpal Singh di Parlimen suatu ketika dahulu ketika Kes Liwat Part 1.Pendedahan itu menyaksikan siasatan telah dibuat ke atas Al Juburi hingga membawa kepada pemecatan dan disepak keluar dari UMNO.Walaupun mahkamah mendapati beliau tidak bersalah kerana kekurangan bukti,beliau tetap didapati bersalah kerana menyalahgunakan kuasa.Aku tidak berminat nak ulas kes mahkamah,tetapi kita harus bijak mencari sumber maklumat kerana kecanggihan teknologi maklumat akan membuatkan anda berfikir berjuta-juta kali siapakah Al juburi yang sebenarnya.
PAS adalah suatu yang aku kagukmi perjuangannya suatu ketika dahulu.Ingin menjadikan Islam sebagai wadah perjuangan.Namun masa mengubah segalanya kerana cita-cita politik mereka tidak lagi Istiqamah dengan perjuangan asal mereka.Negara Islam yang di laongkan suatu ketika dahulu kini sudah disimpan kemas dalam muzium parti yang dikatakan Islam itu.Nada mereka yang keras ketika menentang perjuangan UMNO sehingga membuatkan perpecahan umat Islam paling dasyat di Malaysia akibat ucapan Hj Hadi di Terengganu dan berlakulah isu kafir mengkafir,sembahyang dua imam dan Tragedi Memali yang dikaitkan dengan mati syahid.
Segalanya sudah berubah bila meraka kini sedang memadu asmara dengan DAP dan tidak pula dikatakan mereka sekular kerana DAP terang-terang menentang negara Islam.Dimanakah pendirian mereka dan nyata perjuangan mereka langsung tidak konsisten.
DAP
DAP adalah parti cauvanis cina yang paling ekstrem.dasar perjuangannya jika kita perhatikan amat merbahaya khususnya kemada umat Melayu kerana jika meraka dibenarkan berkuasa di Malaysia,orang Melayu akan merempat di negara sendiri.Memang benar UMNO adalah parti Melayu tetapi perlu diingat dalam UMNO kaum-kaum lain mendapat layanan yang sewajarnya dan tidak pernah terpinggir dan dengan dasar yang sedia ada bangsa cina di Malaysia menikmati kemakmuran ekonomi dan begitu juga dasar dasar pendidikan yang meletakkan bangsa cina di Malaysia daalam kerangka budaya mereka tersendiri tanpa menjejaskan identiti bangsa mereka.Ideologi Malaysia Malaysian mereka harus ditolak kerana kesannya kepada ketuanan Melayu terlalu buruk