Kesian aku tengoh Datuk Ambiga kena belasah dengan Khairy Jamaludin,Ahli Parlimen Rembau dan Ketua Pemuda UMNO.Anak muda Melayu yang bagi aku lebih berani mempertahankan kerajaan berbanding mneteri-menteri lain yang nampak gagal memberikan impak kepada isu BERSIH amnya dan Pilihanraya Umum khasnya.Apa yang dinyatakannya sudah cukup melondehkan kain Ambiga yang pernah menduduki kerusi Presiden Majlis Peguam.Dewan yang hampir separuh dipenuhi dengan penyokong Ambiga seakan terpukau dengan jawapan Khairy kepada setiap isu yang dilontarkan dengan mematahkan hujah Ambiga yang hanya layak digelar Peguam Cap Ayam.Dengan hanya berpandukan teks yang dibaca masih ada lagi faktor kurang tepat sebaliknya sering melontarkan tuduhan kerajaan dengan isu penipuan.
Pelik bin ajaib,kerajaan yang memanipulasikan sistem pilihanraya di Malaysia kalah di empat negeri dan kehilangan dua pertiga kerusi Parlimen dalam PRU12.Masih ada lagi rakyat Malaysia yang keliru dalam membuat tafsiran,bodohlah kerajaan melakukan penipuan yang merugikan mereka sendiri.Adakah mustahil mencari kesempurnaan dalam mana-mana pilihanraya di dunia tetapi masih ada ruang untuk dibaiki dari masa ke semasa melalui proses dan saluran yang betul dan bukan dengan turun ke jalan dengan mengadakan demontrasi seperti apa yang diperjuangkan oleh BERSIH 3.0.
Bagi yang masih keliru dengan putar belit Datuk Ambiga tu..eloklah menonton video diatas sebagai informasi tambahan kerana jika anda hanya membaca Harakah Dan Suara Keadilan mereka pastinya tidak menyiarkan semua ini.
No comments:
Post a Comment