Calon YB PRU 13..Mengapa Harus Guna Calon Recycle..? | JIWA ANAK MERDEKA

Thursday 2 August 2012

Calon YB PRU 13..Mengapa Harus Guna Calon Recycle..?


Bila lah agaknya PRU 13 ni..PM lambat betul nak umumkan..bukan apa..aku rasa kesian sangat kat mereka-mereka yang dah macam meroyan nak jadi calon YB ni.Siapa lah yang tak nak di calonkan jadi YB..kalau calonkan Zizan Raja Lawak pun,dia pasti bercakap 3 hari 3 malam sorang diri...akukah manusia yang bertuah itu.Apatah lagi bagi mereka yang terlibat secara langsung dengan politik ditawarkan menjadi YB ..jarang sangat yang nak menolaknya..biasa nya buat malu2 kucing Parsi..nak sebenanrnya tapi kata mesti berlapik,nanti orang kata kemaruk kuasa payahlah pulak.

UMNO DAN CALON RECYCLE

Antara faktor kemenangan parti dalam PRU ialah calon.Berbagai kriteria mesti dipenuhi supaya dapat memenangi hati rakyat marhain.Peliknya adakah calon recycle masih lagi mendapat tempat pucuk pimpinan parti.Memang ada calon yang mampu menang walaupun dah beberapa kali dikitar semula seperti Dato Saril Samad tapi ketokohan manusia sebegitu sukar dicari.Sebagai parti yang dikatakan keramat UMNO harus melihat bagaimana potensi calon dari pelbagai segi.Perwatakan fizikal janganlah diambil kira sangat,yang paling penting dekat dihati rakyat..muka licin macam kulit telor atau tangan yang lembut semasa bersalam dengan YB bukanlah suatu kriteria,

Pengalaman dalam politik memang perlu tetapi adakah orang lain kurang berpengalaman.Kalau setakat pengalaman bagaimana nak mengumpulkan harta,memiliki motosikal berkuasa tinggi,merompak tanah kebun berpuluh-puluh ekar,bergaya dengan beg tangan berpuluh2 ribu,tinggal jauh dai kawasan didalam mahligai yang berjuta2 ringgit dan membolot semua kontrak dalam kawasan ADUN,baik tak payah jadi calon.Calon beginilah yang sebenarnya merosakkan parti..bekerja kerana kepentingan diri sendiri.Dari buat longkang sampai ke tender jalanraya semua dia sapu,bukan orang tak tahu tapi entah ilmu bomoh siam mana lah yag dia hembus kat pucuk pimpinan yang nampaknya dah mula letakkan dia sebagai calon.

Sekarang ni dah mulalah menepek dalam majlis2 yang ada VVIP agar kelihatan komitmen palsu disebalik wajah palsu botoknya yang dibayar hasil rompakan harta rakyat.Masa jadi YB dulu bukan main sombong dengan rakyat,nak nampak batang hidung pun susah,bila dah tak tercalon guna VVIP nak lobby ikut pintu belakang.Jawatan Ketua Bahagian,Ketua Wanita,Ketua Puteri dan sewaktu denganynya janganlah dilihat sebagai tiket otomatik tetapi wajarlah pandangan akar umbi yang perlu diambil kira dan bukannya hiraki politik yang kadangkala dimenangi dengan cara kotor.


No comments:

Post a Comment