JIWA ANAK MERDEKA: December 2012

Friday, 28 December 2012

KES PENEROKA FELDA KEMAHANG 3 BUKTI ANAK DAN PEGUAM PAS KAKI PENIPU


ANAK  hari ini berdemo lagi,tak habis2 menunjukkan kejantanan dijalanan,kali  ini di hadapan ibupejabat FELDA di Jalan Semarak.ANAK yg mendakwa memperjuangkan hak peneroka FELDA,ingin mengembalikan hak peneroka tapi bila agaknya ANAK mahu kembalikan wang pampasan peneroka FELDA Kemahang 3.Kemenangan kes tuntutan saman  354 peneroka FELDA Kemahang 3 yang pada mulanya disambut riak dan bangga,seakan mengesahkan FELDA menipu peneroka FELDA berhubung kes gred buah sawit.Namun keputusan mahkamah itu sebenarnya memihak kepada peneroka FELDA kerana ketidakhadiran peguam FELDA pada hari perbicaraan mengakibatkan FELDA kalah dan terpaksa membayar pampasan kepada peneroka tersebut.



Jika benar ANAK mahu membela peneroka kenapa mereka tidak berusaha memastikan peguam Wan Rohimi dan Asmadi memberikan kesemua wang yang seharusnya mereka terima sebaliknya mereka hanya menerima sebanyak RM 19,000.000 seorang yang sepatutnya mereka terima adalah RM 30,000 tiap peneroka.Sebaliknya bila peneroka meminta kembali wang mereka peguam tersebut pula menfailkan saman fitnah 25 juta kerana dakwaan konspirasi dan fitnah.



Kemana agaknya menghilangnya wang berjumlah 1.1 juta yang dikatakan diberikan kepada orang tengah itu.?Mana kejantanan Mazlan Aliman dalam membela nasib peneroka?Peguam-peguam PAS bijak memanipulasikan pihak lain..peneroka FELDA hanya mendapat kulit sebaliknya isinya masuk ke kantong peguam PAS.




Monday, 24 December 2012

Bongkar.!!!Konvoi Kembara Oren Cuba Langgar Peneroka.Memang Patutlah Kena Belasah.


Siri Jelajah Kembara Oren kini semakin terdesak bila kedatangan mereka mendapat tentangan dari warga FELDA.Bila sudah terdesak mulalah reka cipta fitnah.Kilang fitnah PR memang tak pernah berhenti siang dan malam kerana product menanamkan kebencian inilah menjadi talian hayat perjuangan mereka.Kisah bagaimana seorang peserta konvoi Kembara Oren kononnya dibelasah oleh warga FELDA Bkt Rokan Negeri Sembilan sekali lagi dimaikan dengan niat mendapat simpati serta melabelkan UMNO sebagai samseng.Siapakan samseng sebenarnya cuba lihat  dua video dibawah dan urutan peristiwa bagi melihat kejadian sebenar.



Kereta Pacuan 4 roda Kembara Oren cuba merempuh warga FELDA yang menghalang mereka dari masuk ke kampung mereka.



Selepas cuba melanggar warga FELDA,kereta pacuan 4 roda itu berundur kebelakang kerana tindakan provokasi sedemikian sudah tentulah mendatangkan kemarahan penduduk kerana mengancam nyawa orang lain.
Namun PR memang terlatih dalam memalsukan berita dengan menuduh Warga FELDA Bkt Rokan yang menyerang mereka.


Kalau dah masuk kampung orang lepas tu nak buat kacau memang layaklah kena belasah.PR memang suka melakukan provokasi menaikan kemarahan orang lain.Kemaruk nak ke Putrajaya menjadikan mereka semakin jauh tersasar dari matlamat perjuangan.Jika warga FELDA dah tak terima tak perlulah masuk ke kampung mereka,apa yang payah sangat tetapi memang dah perangai orang suka buat kacau,samseng lawannya samseng jugalah.Orang luar tak perlulah nak sekolahkan warga peneroka kerana mereka juga mempunyai akal fikiran sendiri.Oren masam mereka takkan laku di FELDA.

Wednesday, 19 December 2012

BILA MELAYU DAP DIANJINGKAN OLEH DAP,SANGGUP GADAI MARUAH BANGSA


Inilah wajah dua orang Melayu yang menjadi harapan DAP,Ariffin SM Omar dan Zairil Khir Johari yang dilantik oleh Lim Guan Eng sebagai ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat(CEC).Setelah tewas didalam pemilihan Kongres Kebangsaan DAP,mereka dilantik dan dibawa melalui pintu belakang bagi mengaburi orang Melayu yang kononnya DAP parti yang dianggotai oleh pelbagai kaum.Ariffin SM Omar telah dianugerahkan jawatan Naib Pengerusi DAP bagi menggantikan  Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.

ANJING PERTAMA : ARIFFIN SM OMAR

Tugas sbg anjing DAP terus dilakukan sebaik sahaja dilantik sebagai Naib Pengerusi DAP,Ariffin SM Omar terus sahaja menyalak dan menggigit bangsanya sendiri dengan menghina penjawat awam dengan menuduh bahawa rasuah berpunca dari monopoli kaum melayu dalam perkhidmatan awam.Motif awal perlantikannya oleh Lim Guan Eng jelas,beliau akan digunakan untuk menyerang bangsa Melayu.

Rasuah adalah masalah manusia dan bukan masalah bangsa.Adakah penjawat awam dinegara selain dari Malaysia adalah berbangsa Melayu dan adakah dinegara berkenaan tiada rasuah?Adakah kerajaan merestu dan bersetuju dengan pelaku rasuah?


ANJING KEDUA: ZAIRIL KHIR JOHARI



Sebagai Setiausaha Politik Lim Guan Eng,Zairil tentunya mendapat wild card dengan mudah berbanding Melayu lain dalam DAP.Namun apa yang mengejutkan bagaimana satu Malaysia ditipu hidup-hidup,Zairil sebenarnya bukanlah anak kepada Allahyarham Tan Sri Khir Johari veteran UMNO.Beliau hanyalah anak tiri setelah ibunya Cristine Lim Abdullah berkahwin dengan Tan Sri Khir Johari.Adalah sesuatu yang pelik Zairil boleh berbin kan Khir Johari sedangkan beliau anak tiri Khir Johari.Jadi apakah status Zairi kerana beliau bukanlah Melayu sebaliknya digunakan oleh DAP untuk menraik minat orang Melayu.Khabarnya beliau kini telah menjadi calon Melayu untuk bertanding di Pulau Pinang.Daftar SPR terkini menunjukkan beliau telah bertukar menjadi pengundi Pulau Pinang dan sebelum ini beliau mendaftar sebagai pengundi Parlimen Segambut dan mengundi di BuKit Damansara.


DAP PERGUNAKAN BANGSA MELAYU



Penglibataan bangsa Melayu dalam DAP hanyalah opera cina yang dimainkan oleh DAP.Bagi Melayu di luar DAP,mereka merancang strategi yang lebih licik melalui Pakatan Rakyat.Bila segalanya dalam kawalan mereka..tiada apa lagi yang tinggal pada bangsa Melayu...lu pikir lah sendiri..





Monday, 17 December 2012

SIAPA PENGKHIANAT MELAYU ,NIK AZIZ BERI DAP TANAH 10,526 EKAR KEPADA DAP


UMNO sudah sekian lama dilabel oleh pendokong PAS sebagai pengkhianat kepada bangsa Melayu.Bak kata mereka semuanya salah UMNO bila banyak tanah Melayu digadaikan kepada bangsa lain.Lagu dendangan PAS ini disambut gembira oleh rakan pakatan mereka yg terdiri dari DAP dan PKR.Kejayaan PR bilamana suatu ketika membentuk kerajaan di Perak menjadikan mereka mabuk kuasa.DAP yang ketika itu menjadi parti dominan dengan menguasai kerusi terbanyak di DUN Perak inginkan jawatan Menteri Besar dari kalangan  ADUN DAP.Malang bagi mereka ,Undang-Undang Tubuh Negeri Perak menyatakan Menteri Besar hendaklah dari bangsa Melayu menyebabkan kompromi diadakan antara Lim Kit Siang,Ngah Khor Meng dan juga Ngeh Kor Ham bersama Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP menerima Nizar Jamaludin sebagai Menteri Besar.Keputusan menolak Nizar pada awalnya berubah 24 jam selepas itu akibat campurtangan Nik Aziz.

Keratan Malaysiakini pada awalnya menolak Nizar sebagai MB kerana lebih berminat kepada Pengerusi DAP Perak Ngeh Koo Ham ADUN Setiawan ataupun Jamaludian Mohd Radzi ADUN PKR Behrang.






Keputusan berubah 24 selepas campurtangan Nik Aziz dengan DAP bersetuju melantik Nizar dari PAS



Nik Aziz yang terkenal dengan air kakinya telah menawarkan tanah yang besar dan habuan berjuta ringgit selain Ngeh dan Nga dipastikan akan mendapat kedudukan selain Exco Kerajaan Negeri Perak bagi mengawal Nizar serta tempat dalam DAP dengan menganggotai Jawatankuasa Eksekutif Pusat.Sebuah syarikat RM 2 ditubuhkan dengan nama Upaya Padu Plantation Sdn.Bhd. dengan 3 penama yang kemudiannya diambil alih oleh Ngeh dan Nga serta kroni DAP




Lokasi tanah tersebut di Relai,Daerah Chiku, Gua Musang.Kelantan.Bayangkan rakyat Kelantan sendiri tidak diberi tanah tetapi Nik Aziz dengan semudah itu merasuah 10,526 ekar bernilai lebih 30juta ringgit kepada DAP.


Surat tuntutan yang dikeluarkan oleh Ngeh & Co adalah syarikat guaman milik Ngeh Koo Ham. Dibawah adalah dokumen selepas pertukaran nama yang telah selesai.Sekelip mata mereka memperolehi 10,526 ekar dengan nilai pasaran melebihi 30juta ringgit.




Siapakah yang sebenarnya menjadi pengkhianat kepada bangsa Melayu kalau bukan Nik Aziz yang sanggup memberikan tanah yang begitu luas kepada DAP cauvanis seperti Ngeh dan Nga,jika rakyat Kelantan melalui ladang rakyat hanya diberikan beberapa ekar seorang itupun bukan sebagai pemilik sebaliknya hanyalah sebagai peserta tanah ladang rakyat .Selepas ini bolehlah penyokong PAS minum percuma di  OLD TOWN WHITE COFFEE ,order apa saja,tak habis 30 juta tu kalau pakat minum sorang segelas.




Saturday, 15 December 2012

Hanya Melayu Bodoh Yang Masih Menyokong DAP



Apa lagi perkataan yang sesuai yg wajar di berikan kepada bangsa Melayu yang masih berada didalam DAP,atau dengan kata lain menyokong DAP,kalau ahli PAS atau PKR pun gelaran itu juga layak buat mereka.Walaupun kebanyakan dari mereka terpelajar dengan mempunyai ijazah dalam pelbagai bidang tetapi jika mereka berpegang dengan cara pemikiran politik sempit,gagal menilai persekitaran politik semasa dan menilai setiap isu dengan akal fikiran wajarlah mereka mereka  merasa bangga dengan kebodohan mereka.Sanggup membiarkan maruah bangsa mereka dilelong oleh cauvanis DAP yang hanya memperkudakan bangsa Melayu demi mencapai cita-cita politik.

Calon Melayu Kalah Teruk Dalam Pemilihan Anggota Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC)

Antara sebab mengapa kaum Melayu menyertai DAP ialah untuk menggambarkan DAP adalah parti multi racial dan tidak mengamalkan perkauman seperti UMNO.Dengan menyertai DAP mereka beranggapan peluang untuk menjawat jawatan tertinggi adalah lebih cerah kerana persaingan sesama calon Melayu tidak ramai tapi sebenarnya sangkaan mereka  meleset dan melecet.8 calon melayu terpaksa melupakan hasrat mereka untuk menduduki kerusi CEC apabila tewas dalam pemilihan Kongres Kebangsaan Ke 16 DAP.1,823 perwakilan telah mengundi bagi memilih 20 orang barisan kepimpinan DAP bagi tempoh 2012-2015.Zairil Khir Johari,Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng juga menhharapkan tangan ajaib bossnya untuk dilantik melalui pintu belakang bagi menjaga hati orang Melayu di dalam DAP.Beliau hanya memperolehi 305 undi manakala Lim Guan Eng mendapat 1,576.



Calon lain yang disingkir ialah 

Anggota Jawatankuasa DAP Pulau Pinang Zulkifli Mohd Noor (216 undi)

 Senator Ariffin S.M Omar (748)

 Naib Pengerusi DAP Johor Ahmad Ton (347 undi)

Timbalan Pengerusi DAP Pahang Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (121

 Pengerusi DAP cawangan Desa Manjung Solaiman Op Syed Ibrahim (98)

 Roseli Abdul Ghani (39) dan Harun Ahmad (28).

Keputusan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP 2012 adalah seperti berikut:

1. LIM KIT SIANG -1607 
2. LIM GUAN ENG -1576
3. KARPAL SINGH - 1411 
4. CHONG CHIENG JEN- 1211 
5. LOKE SIEW FOOK (ANTHONY) -1202
6. WU HIM VEN (VINCENT) - 1202
7. TAN KOK WAI -1199 
8. GOBIND SINGH DEO - 1197
9. PUA KIAM WEE (TONY)- 1162
10.TENG CHANG KHIM- 1152
11.FONG KUI LUN- 1137
12.NGA KOR MING -1075 
13.CHONG ENG- 1006
14.CHOW KON YEOW- 986
15.LIEW CHIN TONG- 984
16.M. KULA- 984
17.BOO CHENG HAU- 958
18.KOK SUH SIM (TERESA) -925
19.TEO NIE CHING -903
20.NGEH KOO HAM - 824

Dimanakah letakknya laungan Malaysia Malaysia yang dicanangkan kepada seluruh rakyat Malaysia jika tiada calon Melayu yang  berada didalam barisan kepimpinan,isyarat akar umbi DAP jelas Melayu tidak diperlukan sebagai pemimpin atasan cuma sekadar anjing kurap yang berkelana menggonggong tulang demokrasi di pasar kepalsuan DAP










Wednesday, 12 December 2012

Video Mazlan Aliman Kena Halau Warga FELDA Selasih


Kisah Mazlan Aliman dihalau dari memasuki kawasan FELDA tentunya tidak akan dimuatkan didalam
Harakah dan Suara Keadilan.Terkini Mazlan Aliman dan konco-konconya yang tak jemu2 menjual buah OREN MASAMnya ke seluruh pelusuk tanah rancangan FELDA sekali lagi menerima tamparan TKO warga FELDA Selasih Jertih Terengganu.Kira2 80 kenderaan yang membawa bersama OREN MASAM pulang dengan hampa kerana terpaksa memakan sendiri OREN MASAM gagal diberikan secara percuma kepada warga FELDA.Kembara OREN MASAM menerima nasib yang sama di FELDA Ijok dan Sg.Tengi.



Kembara Fitnah Mazlan Aliman yang didalangi oleh pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat yg gagal dalam usaha menabur fitnah menuduh UMNO menggunakan anak-anak kecil seawal umur 13 tahun hingga 16 tahun bagi menghalang mereka.Warga FELDA juga dituduh sebagai tidak bertamadun,kampung dan golongan hutan kerana tidak termakan hasutan mereka.Kedatangan mereka pada jam 5.30 petang dengan alasan mahu menunaikan solat Asar sebenarnya hanyalah alasan dengan menggunakan masjid sebagai tempat menjayakan agenda meraka .Kembara Fitnah membawa OREN MASAM mereka juga menerima sambutan dingin yang turut singgah di FELDA Kerteh 2,FELDA Jerangau dan FELDA Bukit Gading.Turut sama menjaja OREN MASAM ialah
Pengerusi Anak Terengganu yang juga Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Besut, Salahuddin Ayob dan Pengarah Majlis Tindakan Dun Jabi, Dr Azman Ibrahim.

Slogan Selamatkan FELDA sepatutnya ditukar kepada Selamatkan Mazlan Aliman kerana beliau bakal menerima saman dari FELDA hasil usaha beliau menjaja OREN MASAMnya bersama fitnah terhadap FELDA yang berniat jahat dan memecahbelahkan masyarakat dan kehamornian yang dinikmati warga FELDA selama ini.




Najib Tun Razak Di Kafirkan PKR ..BIADAP..!




Serangan terhadap Najib semakin melampau batas bila sekumpulan penyokong PKR membawa placard yang tertera nama NAJIB A/L RAZAK.Turut sama menjadi mangsa kebiadapan penyokong PKR ialah Dato'Hishamudin tertulis di placard sebagai HISHAMMUDDIN A/L HUSSEIN.Perhimpunan yang mensasarkan 30,000 itu ternyata gagal kerana hanya 300 orang sahaja yang berhimpun di Putrajaya dan berarak ke Pejabat Pendaftaran Negara kononnya memperjuangkan isu kerakyatan dan dokumen pengenalan diri.Naib presiden PKR N Surendran, MP Kapar S Manikavasagam dan MP Subang R Sivarasa menjadi hulubalang kononnya memperjuangkan nasib kaum India di negara ini dengan memberikan ucapan sebelum perarakan tersebut.

A/L adalah akronim dan digunakan keatas masyarakat bukan Islam di Malaysia dan tindakan yang dilakukan oleh penyokong PKR jelas seperti meletakkan PM sebagai orang bukan Islam.

Tugas PAS yang selama ini mengkafirkan orang Melayu Islam kini semakin dipermudahkan oleh PKR yang gemar memainkan sentimen agama.Sebagai pendokong liberalisme dan pluralime PKR menjadikan sentimen keagaamaan dan kaum seperti apa yang dilakukan oleh pelampau HINDRAF bagi meraih simpati kaum India.Kemerosotan pengaruh kaum India selepas isu Kg Buah Pala dan merobohkan kuil Hindu di Selangor membuatkan pemimpin PKR cuba mencipta isu dengan harapan sokongan kepada PKR khususnya masyarakat India kembali kepada mereka.PKR mencipta isu perkauman supaya orang Melayu membenci kaum India.

Bagi kaum Melayu cara sebegini dengan mempermaikan agama tentunya membangkitkan sentimen perkauman dan disini lah PKR memainkan peranan dengan mengatakan UMNO adalah sebuah parti ultra Melayu dan hanya parti PKR memperjuangkan hak kaum India.Isu kewargenagaraan ini telah dijelaskan oleh PM dan Dato'Hishamuddin selaku Menteri dalam negeri yang telah mencabar PKR mengemukakan bukti seramai 300,000 orang kaum India di Malaysia tiada pengenalan diri tapi PKR lebih berminat menghuru-harakan negara dengan demontrasi yang tak berkesudahan.








Tuesday, 11 December 2012

Abby Abadi Tunjuk Lagak Lagi


Sejak bergelar Ostazah Abby Abadi ni banyak kenyataan beliau mendapat reaksi daripada pelbagai lapisan masyarakat.Jika beliau hanya manusia biasa seperti aku mungkin bo layanlah tetapi kerana sejak memutuskan untuk berhijrah ke alam politik tentunya setiap patah perkataan yang terucap bakal mengundang persepsi masyarakat.Alhamdulillah bila kita nak berhijrah kearah kebaikan namun barang harus diingat tidak semua penghijrahan itu mendatangkan kebaikan.Memilih PAS sebagai wadah perjuangan kononnya untuk mendalami Islam bukan pilihan tepat kerana ada banyak lagi institusi agama jika beliau mahu.PAS parti politik dan bukannya tempat untuk mendalami ilmu Islam.Lihat sahaja apa yg terjadi kepada beliau sebaik sahaj terjebak dalam permainan sepak terajang politik PAS.Terkini  apa yang cuba beliau sampaikan didalam  akaun twitternya langsung tidak mencerminkan keperibadian seorang yang ingin mendalami ilmu Islam.


Beginilah sikap manusia yg berada didalam PAS yang langsung tidak mahu mengakui apa kebaikan yang dilakukan oleh pihak lain.Kalau dia berasa terpanggil..ayuh..!pergilah ke GAZA dan aku sendiri menghormati  keberanian beliau tanpa ada prasangka berbaur politik.Inilah sikap Melayu yang menyebabkan gagal untuk menemui titik persamaan kerana apa sahaja perkara ingin dipolitikkan.Tidak perlu menjadi juara dengan hanya retorik yg tidak membawa kebaikan kepada masyarakat Islam.Sewajarnya perjuangan Palestine ini menjadikan kita umat Islam berganding bahu sebaliknya Ostazah segera seperti Abby Abadi ini hanya perosak kepada perpaduan ummah hanya kerana politik sempit PAS.