Najib Tun Razak Di Kafirkan PKR ..BIADAP..! | JIWA ANAK MERDEKA

Wednesday, 12 December 2012

Najib Tun Razak Di Kafirkan PKR ..BIADAP..!




Serangan terhadap Najib semakin melampau batas bila sekumpulan penyokong PKR membawa placard yang tertera nama NAJIB A/L RAZAK.Turut sama menjadi mangsa kebiadapan penyokong PKR ialah Dato'Hishamudin tertulis di placard sebagai HISHAMMUDDIN A/L HUSSEIN.Perhimpunan yang mensasarkan 30,000 itu ternyata gagal kerana hanya 300 orang sahaja yang berhimpun di Putrajaya dan berarak ke Pejabat Pendaftaran Negara kononnya memperjuangkan isu kerakyatan dan dokumen pengenalan diri.Naib presiden PKR N Surendran, MP Kapar S Manikavasagam dan MP Subang R Sivarasa menjadi hulubalang kononnya memperjuangkan nasib kaum India di negara ini dengan memberikan ucapan sebelum perarakan tersebut.

A/L adalah akronim dan digunakan keatas masyarakat bukan Islam di Malaysia dan tindakan yang dilakukan oleh penyokong PKR jelas seperti meletakkan PM sebagai orang bukan Islam.

Tugas PAS yang selama ini mengkafirkan orang Melayu Islam kini semakin dipermudahkan oleh PKR yang gemar memainkan sentimen agama.Sebagai pendokong liberalisme dan pluralime PKR menjadikan sentimen keagaamaan dan kaum seperti apa yang dilakukan oleh pelampau HINDRAF bagi meraih simpati kaum India.Kemerosotan pengaruh kaum India selepas isu Kg Buah Pala dan merobohkan kuil Hindu di Selangor membuatkan pemimpin PKR cuba mencipta isu dengan harapan sokongan kepada PKR khususnya masyarakat India kembali kepada mereka.PKR mencipta isu perkauman supaya orang Melayu membenci kaum India.

Bagi kaum Melayu cara sebegini dengan mempermaikan agama tentunya membangkitkan sentimen perkauman dan disini lah PKR memainkan peranan dengan mengatakan UMNO adalah sebuah parti ultra Melayu dan hanya parti PKR memperjuangkan hak kaum India.Isu kewargenagaraan ini telah dijelaskan oleh PM dan Dato'Hishamuddin selaku Menteri dalam negeri yang telah mencabar PKR mengemukakan bukti seramai 300,000 orang kaum India di Malaysia tiada pengenalan diri tapi PKR lebih berminat menghuru-harakan negara dengan demontrasi yang tak berkesudahan.








No comments:

Post a Comment