TERKINI..!BARISAN NASIONAL KEKALKAN KEMENGAN PRK KUALA BESUT | JIWA ANAK MERDEKA

Wednesday 24 July 2013

TERKINI..!BARISAN NASIONAL KEKALKAN KEMENGAN PRK KUALA BESUT


Secara rasminya BN telah diumumkan memenangai Pi;lihanraya Kecil DUN Kuala Besut pada pukul 10.15mlm tadi menyaksikan calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abd.Rahman menambah majoritinya kepada 2,592 undi .Dengan peratusan keluar mengundi sebanyak 80%,BN memperolehi 8,288 undi sementara calon PAS memperolehi 5,696 undi manakala undi rosak 156.Majoriti yang diperolehi BN meningkat sebanyak 6.49% berbanding 2,434 undi pada Mei 2013.

Keputusan ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat Melayu di Kuala Besut masih memihak kepada BN dan tidak mudah terpengaruh dengan slogan retorik pembangkang seperti 16.16 yang hanya akan merugikan rakyat Kuala Besut.Kemenangan ini juga memberaikan signal jelas kepada kepimpinan BN bangsa Melayu adalah tulang belakang kepada kemenangan sudah tentunya mengharapkan kepentingan bangsa Melayu serta agama Islam menjadi agenda utama kerajaan selain perlu bermuhasabah dan menyedari serta berani mempertahankan Melayu dan Islam yang akhir-akhir ini di perlekehkan oleh orang lain di bumi sendiri.





No comments:

Post a Comment