JIWA ANAK MERDEKA: May 2012

Monday, 21 May 2012

Isu NFC dan BERSIH 3.0 Akan Dibicarakan Di Mahkamah

Esok 22 May 2012,4 orang tokoh ,3 daripadanya adalah ahli politik dan seorang ahli perniagaan akan dihadapkan ke mahkamah .Perbicaraan ke atas mereka bakal mendapat liputan meluas oleh media dan akan mendapat perhatian rakyat kerana isu yang agak panas akhir-akhir ini.


BERSIH 3.0

Anwar Ibrahim,Azmin Ali dan Chegu Bard ,mereka yang dikaitkan sebagai antara dalang yang menganjurkan perhimpunan BERSIH 3.0 akan didakwa dan writ saman telah dihantar kepada mereka supaya hadir di Mahkamah Majistret Jalan Duta,Kuala Lumpur atas dua pertuduhan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Kanun Keseksaan.Mereka diminta untk hadir pada pukul 9.00 pagi esok dan akan didakwa dibawah Seksyen 188 dibaca bersama Seksyen 109 dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan (Akta 574) 



NFC

Mahkamah Sesyen akan meneruskan perbicaraan kes ahli perniagaan Datuk Shamsubahrin Ismail, yang didakwa menipu bekas Pengarah Perbadanan Fidlot Nasional (NFC), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail sebanyak RM1.755 juta, pada 16 hingga 27 Julai depan.Berita Lanjut sila KLIK

Apa yang menariknya kedua-dua kes ini membabitkan mereka akan menguji sejauh manakah kesan keputusan mahkamah terhadap persepsi masyarakat terhadap kerajaan kerana 3 daripada mereka melibatkan tokoh pembangkang manakala seorang dari mereka suami kepada seorang pemimpin kerajaan.Apapun biarlah mahkamah membuat keputusan.


Wednesday, 16 May 2012

Durian Runtuh Untuk Peneroka Dan Kisah Jembalang Politik Felda

Berjumpa rakan-rakan dari Felda baru-baru ini ramai juga yang yang bertanya mengenai durian runtuh yang dijanjikan oleh Perdana Menteri kepada Peneroka sempena penyenaraian Felda Global Venture Holding nanti. Di sesetangah kawasan felda sudah ada “jembalang politik” dan “hantu raya” yang sibuk mencanangkan kononnya peneroka akan mendapat durian runtuh sebanyak RM 50 ribu seorang.

Jembalang Tanah dan Hantu Raya politik ini bukanlah berniat baik atau mahu melihat peneroka menjadi kaya raya. Mereka menceritakan jumlah yang tidak masuk akal nanti agar apabila Felda memnbayar jumlah yang jauh lebih rendah maka mudahlah menghasut dan membuat kempen politik membelasah Barisan Nasional.

Berapakah agaknya jumlah “durian runtuh” yang akan diberikan kepada 112, 625 orang peneroka Felda ini? Jawapan paling mudah ialah ia bukanlah RM 50 ribu seperti yang disebarkan oleh jembalang-jembalang politik dari Pakatan. Jika cakap jembalang ini diambil kira ini bermakna Felda perlu memperuntukan RM 5.6 bilion hanya untuk memberi durian runtuh sahaja. IPO FGVH pun hanya berlegar sekitar RM 6 bilion sahaja. Siapakah akan melanggan saham FGVH jika kesemua wang daripada IPO digunakan untuk memberi kepada peneroka?

Penulis menganggarkan peneroka akan menerima “durian runtuh” sekitar RM 3, 000 – RM 5, 000 seorang. Ini sahaja akan memakan kos sekitar RM 500 juta. Mungkinkah sesiapa boleh memberi contoh kepada penulis bahawa ada syarikat lain di Malaysia juga memperuntukan hingga RM 500 juta untuk membayar dividen atau bonus kepada pemegang sahamnya?

Bank Rakyat yang telah lama bertapak dan berjaya pun hanya memperuntukan RM 435 juta sahaja untuk membayar dividen pada tahun lalu. Itu sebuah bank yang membayar dividen kepada mereka yang membeli sahamnya. Bank yang menggunakan wang pemegang sahamnya untuk memajukan urusan perniagaan hanya memperuntukan RM 435 juta untuk dividen dan bonusnya.

Sebaliknya, peneroka Felda tidak perlu menyimpan berpuluh ribu kepada Felda untuk mendapat dividen beribu-ribu ringgit ini. Bayangkan pemegang saham Bank Rakyat perlu menyimpan RM 25, 000.00 untuk mendapat RM 5, 000 setahun. Tapi peneroka Felda tidak perlu memperuntukan sedemikian rupa untuk mendapatkan dividen sebanyak itu.

Peneroka juga tidak perlu menggadai atau memajak sebarang tanah milik mereka untuk penyenaraian ini. Dengan kata lain tiada seinci pun tanah dan harta milik peneroka yang digadai atau dipajakkan. Justeru pemberian ini benar-benar bonus dan durian runtuh yang mahu diberi oleh Felda dan juga kerajaan hari ini.

Malahan jika dicampur bersama jumlah saham yang akan diterima oleh peneroka secara percuma hasil daripada pembabitan KPF dalam penyenaraian tersebut tidak mustahil peneroka akan menerima ganjaran sehingga RM 10 ribu setiap orang. Namun penulis percaya agak sukar untuk kerajaan memberi tunai yang begitu banyak kepada peneroka kerana jumlah mereka yang lebih 100 ribu orang.

Justeru anggaran RM 3, 000 – RM 5, 000 setiap peneroka akan terima secara tunai melalui penyenaraian ini adalah satu jumlah yang boleh dipercayai.

Janganlah percaya dengan cakap-cakap jembalang politik yang kerja mereka hanya menghasut sahaja. Mereka tidak pernah memikirkan kesusahan dan kepayahan peneroka suatu ketika dahulu. Sejak dulu, kini dan mungkin selamanya jembalang-jembalang politik ini akan mencari apa sahaja alasan, dakyah dan kata-kata nista untuk memburukkan Barisan Nasional di mata peneroka.

Siapakah yang membantu peneroka memugar hutan, menyediakan benih tanaman, racun, baja dan bantuan ketika di awal penerokaan dahulu? Barisan Nasional atau DAP? Pas? PKR?

Apakah setelah Felda mencapai begitu banyak kejayaan dan kegemilangan maka para peneroka akan mempercayai kata-kata jembalang politik yang tidak pernah membantu mereka langsung suatu ketika dahulu? Siapakah yang membantu menyediakan infrastruktur kampung, prasarana pendidikan dan keperluan asas suatu ketika dahulu?

Justeru apakah Barisan Nasional yang merancang permulaan Felda, membantu menjayakannya dan meletakkan kejayaan sehingga ke tahap sekarang tidak layak mendapat sebarang kepercayaan peneroka dalam usaha meningkatkan lagi kemajuan warga Felda keseluruhannya?

Berilah kepercayaan kepada kerajaan melaksanakan penyenaraian ini. Jika penyenaraian ini menyebabkan peneroka Felda kerugian maka tentu sahaja mereka boleh menolak Barisan Nasional dalam pilihan raya kemudiannya.

Cuma janganlah dengar cakap-cakap jembalang politik yang langsung tidak pernah membuat sebarang kejayaan dalam perniagaan atau menguruskan organisasi besar dalam era moden ini. Kepentingan mereka hanya satu iaitu untuk menjatuhkan Barisan Nasional bukannya mementingkan nasib sesiapa pun apatah lagi nasib peneroka.
 
 
p/s :Macam mana lah dulu jembalang ni meroyan habis sakat warga FELDA dengan mengatakan FELDA muflis,tiba-tiba kata FELDA patut bagi setiap peneroka RM 50,000 setiap peneroka..masih ada Melayu yang tak lupa kecuali segelintir manusia yang lupa diri.

Sunday, 13 May 2012

Bila Anak Si Tanggang Lahir Di FELDA


Kisah Si Tanggang rupanya tidak berakhir..si Tanggang mungkin bukan lagi mitos yang menjadi cerita lisan yang disampaikan dari mulut ke mulut tetapi tetapi rupanya si Tanggang telahpun lahir di bumi FELDA.Dilahirkan di FELDA dengan susah payah dan jerih ibubapa membesarkan mereka,kini setelah dewasa generasi kedua FELDA dipenuhi dengan si Tanggang si Tanggang yang langsung tidak mengenal budi.

Melalak melolong siTanggang dalam facebook...generasi kedua FELDA yang langsung tak tahu di untung..kalau bukan kerajaan yang sediakan klinik dan hospital dikawasan FELDA aku ingat tak sempat lahir kat dunia ni.Dah  lah kena bayar  Seringgit je..macam free sebenarnya..duduk dalam wad makan tanggung siap bagi doktor dan jururawat.Tiap bulan iku jadual,susah payah si ibu bawa ke klinik desa ambil suntikan..bayar seringgit...tu belum sakit demam..bayar seringgit..kalau duduk kat bandar aku tak tahulah..kepala pun besar dan badan penuh kudis buta sebab keluarga Melayu kebanyakannya tak mampu nak hantar.Kiralah berapa kos nak bersalin di hospital swasta..suntikan..sakit demam..pakai otak lah sikit.

 Dengan tanah dan rumah yang disediakan secara percuma oleh kerajaan si ibu dan bapa tak perlu memikirkan berapakah sewa rumah setiap bulan.Mereka sekeluarga dapat berlindung dari panas terik dan hujan.kalau takde rumah dan tanah..dimanakah si Tanggang ni nak hidup..atas pokok..?Untuk kesinambungan hidup..sekalipun tak berduit..FELDA dengan bermurah hati memberkan kredit melalui D'mart,ambil lah beras ke,gula susu dan apa sahaja keperluan untuk si Tanggang hidup asalkan si ibu dan bapa bekerja dan dibayar cukup bulan.Pergilah cari dimana tempat di dunia kemudahan sebegini.
 
Bila dah berumur 5 tahun,si Tanggang akan diberikan pendidikan awal,dah kira macam free je..TASKA FELDA dan TADIKA KEMAS supaya anak-anak tanggang ni boleh mendapat pendidikan awal.Masuk umur 6 tahun bagi pula PRA Sekolah yang mempunyai seribu satu kemudahan.Disekolah rendah jangan ceritalah..
Biasiswa Kecil Persekutuan
Biasiswa Kerajaan Negeri
Bantuan One Off RM 100 untuk satu anak
Bayaran Percuma Yuran Sekolah
Bantuan Rakyat Miskin(KUAM0) RM 200 
Program Makanan Tambahan
Susu 1 Malaysia
Dan sebagainya bantuan yang tak tersenarai dek aku.Itu belum masuk sekolah menengah yang kemudahan hampir sama.Kalau ditakdirkan masuk asramapun cuma perlu bayar lebih kurang RM 30 sebulan.Mana ada manusia kat dunia ni makan seringgit sehari,tapi kerajaan dengan bermurah hati memberikan subsidi kepada setiap anak yang tinggal di asrama dengan cara yang tidak membebankan ibubapa. 
Si Tanggang ni kalau pandai dan bijak kerajaan sediakan pinjaman untuk melajutkan pelajaran keperingkat universiti melalui PPTN dan hanya dikenakan 3% setahun sedangkan PPTN membayar kepada KWSP sebanyak 4% setahun.Nak harap duit keluarga..majoriti keluarga Melayu tidak mampu menanggung perbelanjaan  di universiti yang paling murah untuk satu bidang pun sekitar 100 ribu dan jika bidang kedoktoran mencecah suku juta ringgit.Kalu dikira dari merit ramai Melayu tidak layak masuk universiti maka UITM(Universiti Tolong Melayu) diadadakan atas dasar bumiputra perlu dibantu..namun ada juga segelintir tidak berminat menjadi mahasiswa tetapi lebih suka menjadi mahasewel.
 
FELDA tidak behenti sekadar memberikan kemudahan pendidikan melalui Asrama FELDA dan Pusat Latihan FELDA yang menyediakan peluang menambah ilmu..bagi kemudahan bibubapa si Tanggang ,FELDA tetap memberika bonus produktiviti,Skim Pinjaman Rumah,Kemuadahan Baja Pertanian,Bantuan Hari Raya dan pelbagai lagi yang tak sempat aku senaraikan.
Belum cukup dengan itu FELDA masih belum puas membantu si Tanggang dengan memberikan durian Runtuh baru-baru ini berjumlah RM 15,000 kepada setiap 113,00 keluarga peneroka dan sitanggang juga menerima tempias kerana berhak mendapat RM 5,000.
Tapi si Tanggang tetap si tanggang..bukan salah ibu mengandung tetapi kerana si Tanggang merupakan manusia yang ego dan bongkak dengan mendakwa apa yang diterima ini adalah hak-hak mereka.Sikap tamak si Tanggang menuntut supaya mereka diberikan RM 50,000 adalah jumlah yang sepatutnya...aduhai..

Sedarlah wahai si Tanggang..berpijaklah dibumi nyata.Jangan diikut hati muda yang ingin melawan arus tanpa menggunakan akal yang waras.Generasi kedua FELDA adalah generasi yang jauh lebih beruntung dari mereka yang tidak berada di dalam kawasan FELDA yang sememanya cemburu dengan apa yang dinikmati kini.Kalau lah susah sangat hidup kat FELDA ni..keluarlah dari bumi FELDA dan cuba bina kehidupan ditempat lain jika anda benar-benar rasa anda pejuang sejati..tak berani punya..mane ade telor...cakap dalam facebook macam nak pecah dunia..komen sana sini..tapi FELDA tetap bantu sampai ke mati kerana warga FELDA mati pun FELDA bagi lagi RM 10,000.Ape lagi yang tak cukup...tamak sunggug si Tanggang...



 
 

Monday, 7 May 2012

Ujian Sebenar Media Baru Pada PRU 13


Perkembangan media baru menyaksikan bagaimana kerajaan di landa Tsunami politik pada PRU 12.Sikap tidak mengambil berat tentang bagaimana media baru dapat memainkan peranan dalam percaturan politik menyebabkan kerajaan menerima tamparan hebat bilamana ruang kosong tersebut diisi sepenuhnya oleh pihak pembangkang dalam mempengaruhi jiwa rakyat pengundi khususnya golongan muda dengan menyebarkan fahaman politik dan lebih dasyat lagi memanupulasi keadaan dengan cara menyebarkan banyak fakta yang salah.
Namun kini,segalanya telah berubah,menyedari kesilapan lalu tentang betapa besarnya pengaruh media baru,serangan pembangkang di alam cyber kini disahut oleh pihak pro kerajaan malahan pihak pembangkang kini pula terpaksa menangkis serangan tidak sepertimana PRU 12 yang lalu dimana setiap tuduhan tidak dijawap dan tiada serangan dari pihak pro kerajaan.
Melihat kepada data yang dikeluarkan oleh Alexa,rangking blog pro kerajaan mendahului dari segi populariti dan kini pembangkang kena belajar bagaimana untuk menangkis serangan media pro kerajaan menjelang PRU 13 

RANKING BLOG PRO KERAJAAN









RANGKING BLOG PRO PAKATAN






P/S:Jika ada blog Pro Kerajaan yang tidak tersenarai sepertimana juga blog aku ni janganlah terasa hati pulak..anda juga pejuang bangsa..berjuang bukan kerana nama...

Saturday, 5 May 2012

DAP Akan Hapuskan Melayu Dan Islam- Part 3



Oleh : PROFESOR DR. AHMAD ATORY HUSSAIN(Realiti politik perkauman DAP)

Sejarah perjuangan parti ini bermula apabila Singapura menyertai Malaysia pada 1963 dengan Lee Kuan Yew memimpin Parti Tindakan Rakyat (PAP) di negara itu yang berideologi sosialis.

Semasa Malaya mencapai kemerdekaan tidak ada parti perkauman seperti Parti Tindakan Demokratik (DAP), yang ada parti sosialis yang ditolak sebahagian besar rakyat. Apabila Singapura keluar dari Malaysia pada 1965, DAP menggantikan PAP di negara ini dan sejak itu DAP bertanding dalam setiap pilihan raya umum (PRU) dengan fahaman yang menolak sistem politik berasaskan pelbagai kaum.

DAP dilihat sebagai parti yang hanya memperjuangkan kaum Cina, walaupun dianggap sebagai partai sosialis. Prestasi DAP mula meningkat pada PRU 1969, dengan memperoleh 13 kerusi Parlimen. Prestasi paling tinggi adalah dalam PRU 1986 (24 kerusi Parlimen) dan kemuncaknya dalam PRU 2008 (28 kerusi).

Dalam PRU selainnya, adalah sekitar 10 atau 11 kerusi sahaja yang diperoleh parti itu dan DAP menjadikan kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) MCA dan Gerakan sebagai menguji kekuatan pengaruhnya.

DAP yang merupakan parti pembangkang kaum Cina terbesar bergerak mara hingga membentuk kerjasama longgar dengan Pas pada 1999 dan kemuncaknya pada PRU 2008 dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang turut serta mewujudkan pakatan pembangkang tunggal yang mencabar Barisan Nasional (BN).

Walaupun DAP di dalam pakatan pembangkang, ideologi mereka masih tidak sama dengan ideologi Pas. Sementara itu, MCA atau Gerakan dilihat bersifat sederhana.

Secara umumnya, MCA mengakui semua bentuk institusi politik negara yang berasaskan Perlembagaan, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan agama Islam agama rasmi serta mengakui hak istimewa orang Melayu, walaupun di dalam hati mereka tidak bersetuju, tetapi mereka tidak menunjukkan dalam tindakan dan prinsip parti mereka.

Berbeza dengan DAP, ia terang-terangan menolak yang boleh dikatakan semua yang berasaskan kemelayuan dan keislaman di negara ini. Tentunya slogan Malaysian Malaysia itu masih menjadi ideologi DAP yang didorongi oleh sistem politik Singapura yang berbentuk republik.


Keinginan DAP mewujudkan semacam ‘ala republik’ di Malaysia tentunya menolak sama sekali akan realiti masyarakat dan sejarah negara ini yang berpaksikan kemajmukan!

Pendek kata MCA dan Gerakan lebih praktikal dan tahu akan sejarah pembentukan negara ini dan menyedari bahawa tanpa kerjasama dengan UMNO yang ketika merdeka dahulu mewakili sebahagian besar orang Melayu, keadaan nasib kaum Cina dan India tidak terjamin.

Disemarakkan lagi apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim memimpin PKR dan pakatan pembangkang, maka DAP berserta dengan Pas berjaya mempengaruhi sebahagian daripada pengundi Cina untuk menyokong perjuangan PKR yang dikatakan mirip ideologi DAP.

Sementara Pas dilihat dengan sebelah mata atas dasar ingin mengambil kesempatan daripada pengaruh parti itu dan mengaut keuntungan politik, tetapi Pas kurang sedar akan taktik DAP itu!

Kemenangan cemerlang pakatan pembangkang dalam PRU-12 menyemarakkan lagi semangat DAP untuk menjadi jaguh kaum Cina dan semakin berlagak menjadi jaguh pakatan pembangkang. Apalagi dengan Anwar berdepan dengan masalah peribadinya manakala MCA atau Gerakan semakin ketinggalan kereta api.

Pakatan pembangkang yang meniupkan anti UMNO dan BN serta bercita-cita hendak menukar sistem politik Malaysia kepada republik dan menentang sebahagian daripada Perlembagaan negara jelas berjaya mempengaruhi sebahagian pengundi Cina dan Melayu yang tidak begitu faham sejarah dan selok-belok politik negara ini. (Besar kemungkinan faktor sejarah kenegaraan kurang dititikberatkan di kalangan generasi muda!)


Dipendekkan cerita, DAP berjaya mewujudkan suatu persepsi politik bahawa kebangkitan kaum Bumiputera/Melayu dalam pembangunan ekonomi melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) boleh mengancam survival orang Cina, yang mana pada realitinya tidak begitu.

Sebagai pribumi, mereka pun ingin maju seperti bukan Melayu dan ingin duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dalam pembahagian ekonomi negara dengan kaum Cina. Salahkah? Ini tidak dimengertikan oleh DAP. Parti itu menganggap rendah kebolehan orang Melayu, kerana dimomokkan oleh pemimpin seperti Lee Kuan Yew.

Sedangkan orang Melayu dan rakyat seluruhnya sudah pun terbuka minda mereka dan menginginkan kemajuan, dan tidak selamanya orang Melayu itu bodoh, malas dan tidak kebolehan.

Mereka dikaburkan dengan persepsi bahawa orang Cina didiskriminasi dalam semua bidang, pada hal hakikatnya yang lebih banyak menikmati ekonomi negara adalah bukan Melayu tetapi ini tidak pernah disebut, yang dibangkitkan ialah orang Melayu yang menguasai politik dan pentadbiran akan menindas kaum lain!


DAP juga menerima nasihat-nasihat daripada ahli akademik mereka yang kebanyakannya anti establishment. Semua yang Melayu (terutama pemerintah) buat, ada sahaja yang tidak kena kepada golongan ini!

Politik perkauman anti establishment ini jelas dihamburkan dengan membangkitkan sentimen anti Perlembagaan Malaysia, menganggap Perlembagaan ini akan memusnahkan masa depan mereka.

Pada hal dengan Perlembagaan, selama ini rakyat dapat menikmati erti kehidupan yang lebih baik dari negara tempat asal mereka. Ini semua dianggap sebagai hujah lapuk dan ketinggalan.

Sehingga seorang ahli akademik dari luar negara yang membuat kajian mengenai: Problems Among Minority Groups in Malaysia” mendapati di Malaysia golongan minoriti tidak ada masalah! Sedangkan di negara-negara lain di dunia, semua minoriti ada masalah!

Hebatnya Malaysia dipandang dari luar, tetapi dipandang oleh segolongan rakyatnya sendiri sebagai “hampas”. Ideologi DAP tidak mengakui hakikat masyarakat berbilang kaum dan tidak mengakui politik berasaskan kerjasama antara kaum.

DAP masih mengharapkan kerjasama daripada Pas dan PKR tetapi kedua-dua parti itu juga tidak dapat dibuktikan boleh memberi jaminan kepada semua kaum di negara ini. Peningkatan pengaruh DAP tentunya disebabkan kelemahan MCA dan Gerakan sendiri. Kedua-dua parti itu gagal meyakinkan orang Cina bahawa mereka akan terus terjamin dalam BN.

Sementara itu, UMNO pula mengalami krisis demi krisis, jadi nampak seperti mereka sudah lemah semangat dan akan keluar dari BN jika kalah dalam PRU akan datang.

Soalnya sampai bila majoriti pengundi Cina hendak berteduh di bawah DAP? Jika MCA kecundang dalam PRU-13, tidak mustahil wakil Cina tidak ada di dalam kerajaan.


Sejarah 13 Mei 1969 membuktikan jika pola seperti sekarang ini berlaku, konflik kaum akan berlaku. Ini tidak sihat bagi negara berbilang kaum seperti Malaysia. Untuk itu saya berpendapat, mahu tidak mahu, masyarakat Cina akan kembali kepada status quo di mana akan berlaku semula keseimbangan politik.

Pada hemat saya, ini merupakan satu ujian besar bagi parti-parti politik di negara ini yang mana parti yang terlalu kuat sifat perkauman tidak akan ke mana. Ini berdasarkan kepada teori politik di Malaysia, bahawa politik pelbagai kaum adalah paling sesuai, dan yang berasaskan perkauman sempit tidak dapat diterima untuk jangka panjang.

Selain itu kerjasama antara parti politik pembangkang terlalu bersifat politik dan penuh muslihat juga dilihat tidak kekal lama. Pas semakin hipokrit. PKR, dianggap retorik dan huru-hara kini. Sebab itu kerjasama antara parti politik dalam BN kelihatan lebih ikhlas walaupun dipandang oleh pembangkang sebagai parti yang usang.

Tetapi itulah realiti politik Malaysia, yang majmuk sifatnya, yang perlu bertoleransi, tidak semudah itu bermain politik perkauman! Politik geram dan sentimen kaum tak ke mana. Percayalah. 

 

Thursday, 3 May 2012

DAP Akan Hapuskan Melayu Dan Islam- Part 2


Bagaimana agaknya jika Melayu tanpa kuasa sedangkan di ketika Kerajaan yang diketuai oleh orang Melayu masih lagi gagal meletakkan bangsa Melayu sama tinggi dengan bangsa minoriti..apakah yang orang Melayu harapkan jika kita diperintah oleh bangsa lain.DAP sedang berusha secara halus mengikis satu persatu ketuanan Melayu dengan menjadikan pemimpin Melayu dari Parti Keadilan dan PAS untuk menjayakan segala agenda tersembunyi mereka.




PM pertama Kristian
Anak-anak Melayu sibuk dengan demo dan bantah. Berkorban melakukan sesuatu yang bukan sahaja sia-sia bahkan akan meranapkan apa yang mereka sendiri harapkan. Ada rahsia besar yang tidak mereka ketahui. Jika mereka mengetahuinya, pasti mereka tidak melakukan kerja bodoh dan gila ini. Bukan sahaja bangsa mereka akan hancur, malah agama Islam juga ikut musnah.
Perancangan telah diatur kemas dan sedang berjalan dengan baik. PRU 13 adalah landasan mula pelaksanaan Pancangan Kristianisasi Malaysia yang pastinya akan membuahkan kejayaan menjelang PRU 14 nanti. Biarpun kalah dalam PRU kali ini, mereka akan meneruskan momentum pertentangan rakyat kepada UMNO sebagai pemerintah Melayu Islam. Tidaklah menjadi rahsia lagi sekarang bahawa jika benar wujud rancangan tersebut, sudah tentu dengan bantuan pakar dari para pelobi antarabangsa.
Faktor Anwar Ibrahim cukup penting. Keupayaannya Anwar memecah belahkan orang Melayu amat berguna bagi mereka terutama kemampuannya menguasai PAS.
Rancangan sebenar masa hadapan mereka bukan untuk melantik Anwar sebagai PM sebagaimana yang kita fahami. Mereka memberi sokongan padu kepada Anwar hanya untuk mempermudahkan mencapai tujuan sebenar mereka. Malaysia bakal menjadi sebuah negara Kristian dan diterajui oleh bukan Melayu sebelum 2020. Bagaimana dengan nasib Institusi Raja-raja Melayu? Mereka akan menerima nasib sebagaimana dengan nasib waris Kesultanan Singapura. Semuanya akan ditamatkan.
Mereka amat yakin bahawa mereka akan mencapai kejayaan padu pada 2017 nanti (PRU 14). Mengapa?
Sehingga hari ini DAP hanya bermain wayang. Karpal masih belum mempercayai Anwar Ibrahim sepenuhnya walaupun mereka berada dalam kapal yang sama dan Anwar dilantik sebagai kapten. Masa Anwar akan berakhir bila PR menguasai negara. Tidak mustahil ia dilupuskan oleh agen pelobi mereka sendiri untuk memberi laluan DAP menguasai politik sepenuhnya. Lee Kuan Yew Dibenarkan Memerintah Malaysia Buat Sementara, syarat PRU13 Dari PAP Kepada DAP.
PESAN LEE KUAN YEW KEPADA DR. CHAN MEN HIN - SEBELUM SAYA MATI SAYA MAHU MENJADI PERDANA MENTERI MALAYSIA WALAUPUN 1 MINIT
Sumber Dalaman DAP yang terbocor kepada umum menunjukkan bahawa mereka amat serius dalam perkara ini. Orang Melayu sekarang dibiar mabuk dengan perasaan membenci pemerintah yang berjaya didorong oleh Anwar. PAS dipergunakan untuk menghakis pengaruh UMNO.
Dalam saat Melayu berkecamuk dan berpecah belah, mereka (DAP dan PAP) menyediakan plan mereka sendiri. Mereka terus menyusun langkah demi langkah untuk menguasai Putrajaya. Kita tidak tahu berapa banyak lagi rahsia mereka yang masih belum terbocor. Walaupun begitu, apa yang telah sampai kepada pengetahuan kita sudah cukup untuk menakutkan kita. Melayu dalam kekeliruan terpaksa menyerahkan negara kepada bangsa asing.
Siasatan mymassa mendapati terdapat beberapa perkara rahsia yang tentunya tidak diketahui anak-anak muda kita di Dataran Merdeka. Apa yang mereka lakukan hanyalah salah satu dari percaturan luar pentas oleh Pertubuhan Rahsia Kristian Malaysia untuk merampas kuasa dari umat Islam. Ini Rahsianya, bacalah dengan serius...
1. Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Jeff Ooi, Elizeberth Wong, Tian Chua, Tony Pua dan beberapa lagi pemimpin DAP dan PKR Kristian telah mengadakan pertemuan dengan pastor-pastor dan wakil-wakil gereja dari luar negara untuk membincangkan dua perkara penting menjelang Dua Kali PRU kelak. Target mereka yang pertama ialah PRU13 dan kedua PRU14. Apakah Target mereka?
 
2. Jeff Ooi memanjangkan pesanan para penderma Kristian di luar negara bahawa mereka mahukan kejayaan hasil sumbangan tidak terkira mereka. Jeff Ooi menunjukkan rasa cemas dan bimbang kerana beliau merupakan wakil parti pembangkang dalam mendapatkan dana-dana PRU.
 
3. Lim Guan Eng menyatakan dalam PRU13 nanti, pasukan PAP di bawah arahan Lee Kuan Yew akan menghantar beberapa pasukan untuk membantu PR yang merupakan modus operandi yang diasingkan daripada keterlibatan PAS. LGE kata dalam modus ini PAS diketepikan, sebab ianya melibatkan cita-cita Kristian yang PAS tak boleh tahu! Kenyataan LGE ini mengimbas kembali PRU di negara kita tahun 1960an dahulu di mana PAP menghantar 9 hingga 11 Calon PAP bertanding di Parlimen Malaysia. PAP hanya menang di Bangsar sahaja. Sudahkah kamu lupa??? Kini PAP kembali lagi.
 
4. Perdebatan berlaku antara Karpal dengan Tian Chua. Tian Chua membangkitkan kelambatan Dana yang sampai kepada PKR dan bertanya mengapa poster-poster PR yang dibuat di negara China (kenapa dibuat di China? Adakah ia mempunyai maksud tertentu?) belum sampai-sampai lagi. LGE meyakinkan Tian Chua poster-poster itu akan sampai melalui Pelabuhan di Pulau Pinang dan Singapura dalam seminggu dua lagi. Jika lambat juga kata LGE, poster-poster dan bendera itu akan dikirim melalui kapal terbang ke Pulau Pinang.
 
5. Pasal Dana lambat, Karpal minta dia terus rujuk kepada bosnya, Anwar Ibrahim.
 
Karpal meminta Tian Chua jangan percaya Anwar kerana dia Islam, bila-bila boleh pusing. Karpal ingatkan Tian Chua, Anwar memiliki rumah dan harta di Amerika, jika dia kalah dia boleh pindah di sana. Karpal meminta Tian Chua fokus kepada bagaimana menjayakan DAP menjadi PM Kristian yang pertama di Malaysia.
 
Karpal kata undang-undang di Malaysia boleh diubah dengan syarat DAP mesti menang 80 Kerusi Parlimen dan PKR mesti menang 30 Kerusi Parlimen. Karpal juga ingatkan Tian Chua gunakan PAS hanya untuk lemahkan UMNO sahaja.
 
6. Minggu depan (April 2012?), LGE akan ke Singapura untuk kali ke 12 dalam tempoh tidak sampai 14 bulan. Kita tunggu............ sumber
 
Andai Melayu masih belum faham mengenai perancangan ini, ia bermakna rancangan mereka akan dicapai dengan mudah. Mereka telah lama berusaha agar orang Melayu gagal dalam ekonomi dan kekuasaan kewangan menjadi milik mutlak mereka. Melalui wang, mereka membeli semuanya termasuk kuasa politik. Mereka sudah begitu hampir memiliki semuanya berkat kerelaan dan sokongan bangsa Melayu dan umat Islam sendiri. Selain Yahudi (Zionis USA) kini muncul pula penghulur dana yang baru kepada PR iaitu kaum Nasrani (Jesuit?).
Keadaan semakin gawat. Siapakah yang akan dipersalahkan nanti? DAP atau kita sendiri?
Sayangnya UMNO dan PAS masih mahu terus memusuhi satu sama lain melalui muslihat Anwar Ibrahim. Inilah punca malapetaka yang menghancurkan Islam dan Melayu. Kami sayang UMNO kerana mereka telah buktikan kejayaan menjaga dan memajukan bangsa. Menjadi pengawas dari ditindas oleh pedagang kaum mendatang yang rakus. Kami sayang PAS kerena perjuangan Islam mereka yang kukuh. Mengutamakan Islam dari yang lain (kecuali sekarang?).
Kami mahu mereka bersatu demi masa depan Melayu dan Islam. Jika tidak...........

Bersatulah MELAYU ISLAM sebelum NASI MENJADI BUBUR...
PS: ISLAM ADALAH MY WAY OF LIFE!!!
MELAYU ITU BANGSAKU!!!
MALAYSIA ITU NEGARAKU!!!

DAP Akan Hapuskan Melayu Dan Islam- Part 1

Melayu perlu baca dan fikir ,jika segala yang tercatat di sini tidakan akan menjadi kenyataan..mungkin kita patus bersyukur namun  apa yang ingin aku kongsi bersama jika  menjadi kenyataan seperti mana yang DAP inginkan, Melayu mesti berkata..aku tidak tahu jika kamu tidak kasi tau aku.Ingatan demi ingatan oleh pemimpin Melayu terlahpun diberi namun kebanyakan masyarakat Melayu mudah dihasut dan keliru dengan permainan dan dakyah DAP dan ini dipermudahkan dengan bantuan sekutu mereka Parti Keadilan dan PAS yang semakin dijinakkan oleh DAP.
Majlis Keselamatan Negara
5 April 2012
Tingkat 9, IPK Negeri Sembilan
Mohamed Razali Bin Abd Rahman
Bekas 
Setiausaha Organisasi DAP 
Timbalan Ketua Pemuda DAP 
 
Pengakuan:
- Beliau pernah tinggal di gereja selama 2 minggu
- Paderi Marine, warga USA telah berada di Malaysia selama 5 tahun untuk mengkristiankan orang Islam di Malaysia
- Setiap minggu sekurang-kurangnya 2 orang Melayu telah dimurtadkan
Sebab keluar DAP:
- Telah sedar, DAP berniat jahat untuk menukar perlembagaan Islam kepada Perlembagaan Kristian
- Jeff Oi (DAP Jelutong) dalam ucapan : "we must make sure christian become official religion in Malaysia and we make sure that the next prime minister is christian."
- Malayu, Islam dan Raja paling dibenci oleh DAP
Razali pernah ke Balai Polis untuk buat repot polis tentang kristian agama rasmi. Mat Sabu call dan arahkan supaya ditarik balik. Guen Eng nak kasi RM 1Juta dan bercuti di Melbourne dan minta dia tarik balik repot. Paderi ke tempat kerja isterinya dan beri tawaran yang lumayan untuk tarik balik repot.

Beliau memberitahu rancangan besar DAP

1. Kristian Agama Rasmi
2. Malaysia akan ditukarkan kepada Republik. Guan eng ada pejabat mewah di Singapura dan setiap minggu berjumpa Lee Kuan Yiew. Kewangan DAP terlalu kuat.
3. YDP Negeri Pulau Pinang akan ditukar kepada Cina.
4. Sistem raja berperlembagaan akan dibubar, Raja keturunan lanun kata Kit Siang.
5. Isu azan hanya test kesensetifan orang Islam.
6. Pertandinagn tilawah Al qiuran akan dihapuskan.
7. NGO Melayu akan dihapuskan. cth PEKIDA N PERKASA.
8. Perkahwinan campur akan digalakkan, Insentif RM 5 ribu akan diberikan atas alasan human right (penghapusan etnik Melayu).
9. Bahasa Inggeris bahasa Rasmi.
10. Mata pelajaran Agama Islam akan dimansuhkan.
11. Chin Peng akan diberi pengampunan dan diberi gelaran TUN.
12. MARA jabatan resis akan dibubarkan.
13. GLC akan dipegang dan diterajui oleh orang Cina.
14. Di hotel Palma Penang, lagu Negara ku yang baru telah dimainkan. Tiada sebut tentang raja.
15. Rejimen Askar Melayu Diraja akan dibubarkan kerana telah banyak bunuh orang cina (komunis) sebelum ini.
16. Panglima Angkatan Tentera dan Ketua Polis Negara akan ditukarkan kepada orang Cina.
17. Kakitangan kerajaan Melayu akan dikurangkan.
18. KEMAS, BTN dan MKN akan ditutup.
19. Kedutaan Israil akan dibuka.
20. Pengkalan Tentera Israel akan dibuka di Port Dickson.
21. Majlis antara agama akan menggantikan Majlis Agama Islam
22. Wang zakat akan digunakan oleh orang bukan Islam. Percubaan telah dibuat di Perak sewaktu dibawah Nizar. Ngeh pernah mintak tatapi dihalang oleh mufti.
23. DEB akan dimansuhkan
24. Parti berteraskan agama akan dibubarkan termasuk PAS. Mat Sabu pernah kata "Saya sanggup makan babi dengan Lim Guan Eng dari makan ayam dengan Najib daam satu majlis tertutup." PAS telah berjaya diliberalkan.
25. Yahudi dan CIA akan bantu menjayakan rancanagn DAP.
Pengakuan RAZALI yang dibawa oleh Majlis Keselamatan Negeri ke Ibu Pejabat Polis Kontijen Negeri Sembilan pada 5 April 2012
Fikir-fikirkan dan buatlah tindakan yang perlu demi Agama, Bangsa dan Negera.
Prologue: SS tidak punya pertuturan panjang untuk dibariskan kerana tiadanya faedah dan untung berbaris baris dengan puluhan perenggan tetapi hati kamu, kamu, dan kamu kosong tiada mengerti akan apa maksudnya ISLAM, MELAYU, TANAH AIR.
#Jawabkan mana tempat kita jika semuanya, lupus, mansuh, tukar dan kurangkan.