Kisah Si Tanggang rupanya tidak berakhir..si Tanggang mungkin bukan lagi mitos yang menjadi cerita lisan yang disampaikan dari mulut ke mulut tetapi tetapi rupanya si Tanggang telahpun lahir di bumi FELDA.Dilahirkan di FELDA dengan susah payah dan jerih ibubapa membesarkan mereka,kini setelah dewasa generasi kedua FELDA dipenuhi dengan si Tanggang si Tanggang yang langsung tidak mengenal budi.
Melalak melolong siTanggang dalam facebook...generasi kedua FELDA yang langsung tak tahu di untung..kalau bukan kerajaan yang sediakan klinik dan hospital dikawasan FELDA aku ingat tak sempat lahir kat dunia ni.Dah lah kena bayar Seringgit je..macam free sebenarnya..duduk dalam wad makan tanggung siap bagi doktor dan jururawat.Tiap bulan iku jadual,susah payah si ibu bawa ke klinik desa ambil suntikan..bayar seringgit...tu belum sakit demam..bayar seringgit..kalau duduk kat bandar aku tak tahulah..kepala pun besar dan badan penuh kudis buta sebab keluarga Melayu kebanyakannya tak mampu nak hantar.Kiralah berapa kos nak bersalin di hospital swasta..suntikan..sakit demam..pakai otak lah sikit.
Dengan tanah dan rumah yang disediakan secara percuma oleh kerajaan si ibu dan bapa tak perlu memikirkan berapakah sewa rumah setiap bulan.Mereka sekeluarga dapat berlindung dari panas terik dan hujan.kalau takde rumah dan tanah..dimanakah si Tanggang ni nak hidup..atas pokok..?Untuk kesinambungan hidup..sekalipun tak berduit..FELDA dengan bermurah hati memberkan kredit melalui D'mart,ambil lah beras ke,gula susu dan apa sahaja keperluan untuk si Tanggang hidup asalkan si ibu dan bapa bekerja dan dibayar cukup bulan.Pergilah cari dimana tempat di dunia kemudahan sebegini.
Bila dah berumur 5 tahun,si Tanggang akan diberikan pendidikan awal,dah kira macam free je..TASKA FELDA dan TADIKA KEMAS supaya anak-anak tanggang ni boleh mendapat pendidikan awal.Masuk umur 6 tahun bagi pula PRA Sekolah yang mempunyai seribu satu kemudahan.Disekolah rendah jangan ceritalah..
Biasiswa Kecil Persekutuan
Biasiswa Kerajaan Negeri
Bantuan One Off RM 100 untuk satu anak
Bayaran Percuma Yuran Sekolah
Bantuan Rakyat Miskin(KUAM0) RM 200
Program Makanan Tambahan
Susu 1 Malaysia
Dan sebagainya bantuan yang tak tersenarai dek aku.Itu belum masuk sekolah menengah yang kemudahan hampir sama.Kalau ditakdirkan masuk asramapun cuma perlu bayar lebih kurang RM 30 sebulan.Mana ada manusia kat dunia ni makan seringgit sehari,tapi kerajaan dengan bermurah hati memberikan subsidi kepada setiap anak yang tinggal di asrama dengan cara yang tidak membebankan ibubapa.
Si Tanggang ni kalau pandai dan bijak kerajaan sediakan pinjaman untuk melajutkan pelajaran keperingkat universiti melalui PPTN dan hanya dikenakan 3% setahun sedangkan PPTN membayar kepada KWSP sebanyak 4% setahun.Nak harap duit keluarga..majoriti keluarga Melayu tidak mampu menanggung perbelanjaan di universiti yang paling murah untuk satu bidang pun sekitar 100 ribu dan jika bidang kedoktoran mencecah suku juta ringgit.Kalu dikira dari merit ramai Melayu tidak layak masuk universiti maka UITM(Universiti Tolong Melayu) diadadakan atas dasar bumiputra perlu dibantu..namun ada juga segelintir tidak berminat menjadi mahasiswa tetapi lebih suka menjadi mahasewel.
FELDA tidak behenti sekadar memberikan kemudahan pendidikan melalui Asrama FELDA dan Pusat Latihan FELDA yang menyediakan peluang menambah ilmu..bagi kemudahan bibubapa si Tanggang ,FELDA tetap memberika bonus produktiviti,Skim Pinjaman Rumah,Kemuadahan Baja Pertanian,Bantuan Hari Raya dan pelbagai lagi yang tak sempat aku senaraikan.
Belum cukup dengan itu FELDA masih belum puas membantu si Tanggang dengan memberikan durian Runtuh baru-baru ini berjumlah RM 15,000 kepada setiap 113,00 keluarga peneroka dan sitanggang juga menerima tempias kerana berhak mendapat RM 5,000.
Tapi si Tanggang tetap si tanggang..bukan salah ibu mengandung tetapi kerana si Tanggang merupakan manusia yang ego dan bongkak dengan mendakwa apa yang diterima ini adalah hak-hak mereka.Sikap tamak si Tanggang menuntut supaya mereka diberikan RM 50,000 adalah jumlah yang sepatutnya...aduhai..
Sedarlah wahai si Tanggang..berpijaklah dibumi nyata.Jangan diikut hati muda yang ingin melawan arus tanpa menggunakan akal yang waras.Generasi kedua FELDA adalah generasi yang jauh lebih beruntung dari mereka yang tidak berada di dalam kawasan FELDA yang sememanya cemburu dengan apa yang dinikmati kini.Kalau lah susah sangat hidup kat FELDA ni..keluarlah dari bumi FELDA dan cuba bina kehidupan ditempat lain jika anda benar-benar rasa anda pejuang sejati..tak berani punya..mane ade telor...cakap dalam facebook macam nak pecah dunia..komen sana sini..tapi FELDA tetap bantu sampai ke mati kerana warga FELDA mati pun FELDA bagi lagi RM 10,000.Ape lagi yang tak cukup...tamak sunggug si Tanggang...
No comments:
Post a Comment