Isu NFC dan BERSIH 3.0 Akan Dibicarakan Di Mahkamah | JIWA ANAK MERDEKA

Monday 21 May 2012

Isu NFC dan BERSIH 3.0 Akan Dibicarakan Di Mahkamah

Esok 22 May 2012,4 orang tokoh ,3 daripadanya adalah ahli politik dan seorang ahli perniagaan akan dihadapkan ke mahkamah .Perbicaraan ke atas mereka bakal mendapat liputan meluas oleh media dan akan mendapat perhatian rakyat kerana isu yang agak panas akhir-akhir ini.


BERSIH 3.0

Anwar Ibrahim,Azmin Ali dan Chegu Bard ,mereka yang dikaitkan sebagai antara dalang yang menganjurkan perhimpunan BERSIH 3.0 akan didakwa dan writ saman telah dihantar kepada mereka supaya hadir di Mahkamah Majistret Jalan Duta,Kuala Lumpur atas dua pertuduhan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Kanun Keseksaan.Mereka diminta untk hadir pada pukul 9.00 pagi esok dan akan didakwa dibawah Seksyen 188 dibaca bersama Seksyen 109 dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan (Akta 574) 



NFC

Mahkamah Sesyen akan meneruskan perbicaraan kes ahli perniagaan Datuk Shamsubahrin Ismail, yang didakwa menipu bekas Pengarah Perbadanan Fidlot Nasional (NFC), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail sebanyak RM1.755 juta, pada 16 hingga 27 Julai depan.Berita Lanjut sila KLIK

Apa yang menariknya kedua-dua kes ini membabitkan mereka akan menguji sejauh manakah kesan keputusan mahkamah terhadap persepsi masyarakat terhadap kerajaan kerana 3 daripada mereka melibatkan tokoh pembangkang manakala seorang dari mereka suami kepada seorang pemimpin kerajaan.Apapun biarlah mahkamah membuat keputusan.


No comments:

Post a Comment