Ustaz Nasharudin nampaknya memilih jalan berani dengan menggunakan pentas yang selama ini menjadi tempat ahli-ahli UMNO berkampung sebagai medan baginya melepaskan apa yang terbuku dihatinya.Tabik spring buat beliau yang menjadikan prinsip yang konsisten sebagai asas perjuangan dan bukannya politik yang yang kemaruk nak ke Putrajaya hingga sanggup menggadaikan Islam dan bangsa Melayu di pasar lelong paling murah.Sebelum ini dakwaan beliau banyak menyimbah api kemarahan dikalangan politikus murahan PR yang mendakwa PAS perlu keluar dari PR kerana Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh Anti Islam dan Anti Hudud.Kenyataan beliau mendapat reaksi kurang senang Dewan Pemuda PAS Pusat dan Nik Aziz dan menyarankan beliau keluar dari PAS sekiranya tidak sehaluan dengan kepimpinan parti.
Namun Majlis Syura PAS tidak mengambil sebarang tindakan dan terbaharu beliau sekali lagi mengulangi kenyataannya di PWTC.
Ada beberapa persoalan yang dilontarkan oleh Ustaz Nasharudin :-
- Mengapakan usaha untuk membincangkan perpaduan ummah dilabelkan sebagai "taboo"(larangan)
- "Adakah agama mengajar umatnya meletakkan ajaran Islam di tempat kedua semata-mata mahu mendapatkan kuasa?"
- Adakah selepas PRU 13 nanti sekiranya kumpulan bukan Islam memenangi kerusi terbanyak di Parlimen akan ada jaminan amalan-amalalan Islam dalam pelbagai Institusi seperti Mahkamah Syariah,Perbankan Islam,Majlis Agama Islam Negeri-negeri dapat dipertahankan,dibaiki atau dihapuskan perlahan-lahan.
Beliau juga menyentuh soal Islam Liberal yang cuba di bawa oleh Anwar apabila Anwar secara terang-terang memberikan pendapat Islam itu hanya agama persaudaraan sahaja dan tidak lebih dari itu dalam suatu majlis pelancaran buku oleh seorang penulis India di Kuala Lumpur baru-baru ini.Pendedahan oleh beliau tentang suatu majlis gereja yang mendoakan agar Malaysia menjadikan Kristian sebagai agama rasmi dalam suatu majlis kesyukuran selepas memenagi pilihanraya di Sarawak memberikan signal yang cukup jelas agenda jahat mereka.Apa yang menariknyanya beliau turut melontarkan persoalan begini'
"Pernah tak dalam sejarah kegemilangan Islam ini bermula dari zaman Rasullullah s.a.w sampai saat saya bertanya soalan ini,pernah atau tidak kemenangan Islam itu dibantu oleh orang kafir "dan jawapannya kemenangan Islam itu hanya dibantu oleh umat Islam.
"Pernah tak dalam sejarah kegemilangan Islam ini bermula dari zaman Rasullullah s.a.w sampai saat saya bertanya soalan ini,pernah atau tidak kemenangan Islam itu dibantu oleh orang kafir "dan jawapannya kemenangan Islam itu hanya dibantu oleh umat Islam.
Saksikan Video dibawah
No comments:
Post a Comment