Kempen Boikot Barang FELDA Oleh DAP,Tunjukkan Belang Sebenar DAP | JIWA ANAK MERDEKA

Monday, 1 October 2012

Kempen Boikot Barang FELDA Oleh DAP,Tunjukkan Belang Sebenar DAP


Sudah terang lagi bersuluh tapi yang anehnya ada juga yang dah dibutakan mata dan dibutakan hati hanya kerana undi untuk berkuasa tak kira bagaimana asalkan berjaya menawan Putrajaya.Terbaru kempen boikot barangan keluaran FELDA dijalankan oleh DAP .Alasan nya kerana hasil jualan barangan keluaran FELDA contohnya seperti minyak masak akan masuk kedalam kantung UMNO.
Tetapi bukan sesuatu yang memeranjatkan kerana penyokong PAS dan PKR khususnya orang Melayu tidak ambil kisah kerana bagi mereka inilah dikatakan kesepakatan,bersetuju dalam segala hal walaupun ianya menyentuh sensiviti dan survival bangsa Melayu dalam politik dan perniagaan.

Apa kata Warga FELDA

Menara Felda Mercu Tanda Kejayaan Melayu

FELDA  yang ditubuhkan pada 1hb Julai 1956 bertujuan mengatasi masalah kemiskinan penduduk khususnya masyarakat Melayu di luar bandar.Walaupun kemiskinan tidak dapat dihapuskan secara total,kesannya penubuhan FELDA terhadap tahap kehidupan sosial,politik dan ekonomi kaum Melayu membuatkan DAP merasakan FELDA mengancam survival politik golongan racist DAP orang Melayu maju dan terbela.Kini FELDA sudah melangkah jauh dengan penyenarain FGVH yang meletakkannya kini berada di pasaran global meliputi pelbagai bidang berkaitan dengan perladaangan,minyak dan lemak,oleokimia,logistik dan pelbagai keegiatan perkhidmatan seperti kejuruteraan,teknologi maklumat dan perkhidmatan kawalan keselamatan di peringkat antarabangsa.

Warga FELDA seharusnya berasa bertuah kerana nasib mereka sering mendapat pembelaan dari pihak kerajaan melalui pelbagai bentuk bantuan seperti,Pusat Dalam Komuniti,Pusat Literasi Keluarga,Pusat Permata,Asrama Semai Bakti,Skim Tuisyen FELDA,Insentif Pendidikan,Pinjaman Pelajaran Tinggi,MRSM Felda dan banyak lagi yang membuatkan golongan racist DAP merasakan mereka terancam.Malangnya ada segelintir bangsa Melayu didalam PKR dan PAS sanggup bersekongkol dengan DAP menjatuhkan kerajaan yang kononnya zalim.Memperjudikan nasib bangsa sendiri dengan berpakat dengan racist DAP asalkan mampu ke Putrajaya.Dan sekiranya mereka memerintah..kesamarataan kaum yang menjadi agenda perjuangan DAP akan melenyapkan FELDA .Orang Melayu mesti bijak berpolitik..

1 comment: