Siapa Pilihan Orang Muda Dalam PRU 13? | JIWA ANAK MERDEKA

Monday, 1 October 2012

Siapa Pilihan Orang Muda Dalam PRU 13?

                                     
Melihat kepada perkembangan politik mutakhir ini,berbagai persoalan mengenai sikap orang muda yang layak mengundi ataupun pengundi muda menimbulkan persoalan kerana statistik yang dikeluarkan oleh SPR menunjukkan 4.3 juta rakyat Malaysia yang berumur 40 tahun kebawah tidak mendaftar sebagai pengundi.Mereka adalah tergolong daripada 30peratus rakyat Malaysia yg mensia-siakan peluang sebagai pengundi dan 51.8 peratus adalah mereka yang berumur di bawah 40 tahun.Namun demikian dianggarkan 2.9 juta pengundi baru atau satu perlima dari 13.1 juta yang layak mengundi adalah pengundi baru.
Pengundi baru ini secara logiknya sudah tentulah kebanyakannya adalah dari golongan muda dan peratusan yang berumur 40 tahun keatas adalah kecil.Banyak kajian dilakukan terhadap pola pengundian orang muda terhadap pilihanraya di Malaysia samada menyebelahi pihak kerajaan atau pembangkang namun politik realiti sebenarnya harus menjadi fokus dan bukan andaian.



2.3 juta orang yg layak mengundi adalah terdiri daripada mereka yang berumur 21-29 tahun.Golongan ini mudah diperdayakan oleh pihak pembangkang kerana emosi mereka mudah ditawan dengan propaganda dan persepsi negativ.Ledakan teknologi maklumat dengan dunia tanpa sempadan menjadikan golongan muda sebagai sasaran.Dengan hujung jari sahaja segala fitnah dan tohmahan yang dilemparkan kepada pihak kerajaan boleh mengganggu emosi dan persepsi mereka namun itu mungkin berkesan pada PRU ke 12.
Kemenangan PRO A dalam pilihanraya kampus adalah antara petanda awal pola pemikiran anak muda.Beberapa isu yang dimainkan oleh pembangkang dalam mempengaruhi anak muda seperti PPTN,AUKU dan banyak lagi tidak lagi diterima bulat-bulat.Begitu juga kejayaan pihak kerajaan memenagi Pilihanraya Kecil  walaupun pada awalnya badai Tsunami politik masih dirasai namun akhirnya beberapa siri akhir PRK dimenangi oleh BN dan yang terakhir di PRK KERDAU adalah signal awal bahawa orang muda memang bersama BN.
Adalah amat menyedihkan bila anak muda khususnya anak muda Melayu mudah terbuai dengan janji kosong pakatan rakyat..diseret bersama menyertai berbagai himpunan haram dengan pelbagai nama seperti Himpunan Haram BERSIH 3.0 dan Himpunan Hijau yang sebenarnya hanya memberikan keuntungan politik kepada pemimpin pembangkang.Bilamana anak Melayu terpaksa bermalam di lokap,pemimpin mereka cabut lari dan paling menguntungkan peguam-peguam dari parti pembangkang yang mendapat laba sampingan.Takkala ahli PAS terpaksa meminta sumbangan setiap kali berceramah dengan alasan jihad ke jalan Allah,Anwar Ibrahim ke sana sini menaiki jet peribadi..
Paling menyedihkan generasi muda profesional yang lebih dikenali sebagai generasi Y yang mendapat segala kemudahan dari kerajaan mudah lupa asal usul mereka.
Sehingga tahun 2008 bilangan golongan profesional bumiputera ialah seramai 68,776 orang
 iaitu 42.5 % atau 0.33 % daripada penduduk bumiputera di negara ini dan seharusnya mereka menyedari bahawa kejayaan mereka selama ini kerana keberkesanan dasar-dasar kerajaan membaiki taraf hidup bumiputera yang kebanyakan dahulunya berasal dari anak-anak petani,nelayan dan peneroka.
Perjuangan anak muda Melayu masih jauh..kaum Melayu dianggagrkan 65% dari komposisi kaum di Malaysia berpecah kepada 3 melalui UMNO,PAS dan Keadilan. adakah kita mahu melihat kaum Melayu kita di peralatkan oleh DAP yang semakin mendominasi Pakatan Pembangkang.Dijangkakan DAP akan mendapat 90 kerusi ,60 kerusi PAS dan selebihnya PKR dari 222 kerusi Parlimen ,jika anak Melayu bijak mengira,kebarangkalian seorang Perdana Menteri dari Parti DAP akan muncul dalam sejarah Malaysia.Apakah anak muda Melayu merasakan meraka akan lebih terjamin...nasib bangsa dan anak cucu kita bukan untuk dicuba-cuba... 









No comments:

Post a Comment